.
.

Ammar Alfian Ugut Syamsul Yusof Di Twitter Kerana Cemburu

Bekas kekasih Ammar Alfian iaitu Puteri Sarah Liyana kini dikatakan sedang bercinta dengan pengarah filem terkenal iaitu Syamsul Yusof.

Semalam kecoh apabila Ammar mendedahkan status percintaan antara bekas kekasihnya dan Syamsul dan jika diteliti dengan betul-betul motif Ammar cenderung kepada membalas dendam.





Petang semalam, Ammar Alfian Aziz telah menulis sebaris ayat yang tidak secara langsung menyebut nama Syamsul Yusof tetapi sekali membaca pasti ramai boleh menjangka kepada siapa ianya ditujukan.



“Sul sul sul muke kemek lu memang mintak kena pukul, walawei wa leh jadik rapper cam lu puuuiiihhh,” maafkan bahasa rempit Ammar Alfian ini tetapi harap anda faham apa yang cuba disampaikan.

Tulisan itu bagaimana pun telah di’padam daripada akaun Twitter beliau tidak lama selepas itu. Anda boleh baca melalui screenshot yang sempat kami ambil dibawah — dan beberapa tulisan lain.

Menurut sumber kami yang juga merupakan rakan baik kepada Ammar Alfian dan Puteri Sarah Liyana sebelum ini, punca sebenar pendedahan yang dilakukan tidak lain kerana bermotifkan sifat cemburu terhadap apa yang di’miliki bekas kekasihnya itu kini.

Rakan mereka berdua itu turut memaklumkan yang kehidupan Ammar Alfian sebelum ini banyak ditanggung oleh Puteri Sarah Liyana memandangkan kerjaya seni aktor dan model itu sendiri sebenarnya tidak menentu.

Sumber turut menyatakan yang Ammar Alfian sebenarnya masih memerlukan ‘cinta’ Puteri Sarah Liyana dalam hidupnya walaupun kini sudah mempunyai teman wanita baru bergelar model, Shella. Hmm.



 
 
 
 
 
 
 
sumber : http://busuk.org/ping/view/528128

10 Haiwan Cantik Paling Berbahaya Dalam Dunia

Haiwan merupakan antara organisma hidup yang sukar untuk diramal. Sekalipun ada yang kelihatan nampak comel dan cantik, tapi hati-hati kerana mungkin ada sebahagian mampu membunuh anda. Haiwan yang disenaraikan di bawah ini merupakan haiwan yang pernah menjadikan manusia sebagai mangsa nya, dan anda mungkin akan lebih terkejut dengan apa lagi yang mampu dilakukan oleh haiwan ini.

1. Ular Boomslang

Merupakan sejenis ular yang boleh dijumpai di hampir keseluruhan benua Afrika. Kenapa paling berbahaya? Saiz taring nya yang lebih besar berbanding ular lain menjadikannya ular yang paling berbahaya. Ditambah lagi dengan keupayaan nya untuk melihat sebaik mata manusia, (ular lain rabun sket) ular Boomslang ini mempunyai Hemotoxin yang boleh membunuh dalam masa hanya beberapa jam sahaja. Jika dipatuk, semua rongga berlubang atau sebarang bukaan yang ada pada manusia, akan mengeluarkan darah! Ngerinya..


2. Siput Cone
 
Nampak macam tak bahaya langsung kan? Dengan corak cangkerangnya yang cantik, siput ini mampu memperdayakan sesiapa sahaja. Senjata berbahaya bagi siput ini ialah sesungutnya yang mengandungi Neurotoxin yang mampu untuk melumpuhkan seorang manusia dewasa. Kemudian perlahan-lahan badan akan mula shut down, dan kesukaran untuk bernafas sehingga membawa kepada kematian. Rawatan bagi toksin yang dihasilkan oleh siput ini hanyalah dengan pemindahan darah bagi menggantikan darah yang sudah tercemar!


3. Hippopotamus a.k.a Badak Air
 
 Hippo selalu dianggap sebagai haiwan yang nampak lucu, kiut, tenang dan perlahan. Namun haiwan besar seberat 9000 pound ini juga merupakan haiwan yang sangat menjaga kawasannya. Dilaporkan setiap tahun, bilangan manusia yang mati disebabkan oleh badak air adalah jauh lebih ramai daripada jumlah yang mati disebabkan serangan haiwan Afrika keseluruhannya!


4. Katak Dart Beracun
Katak ini memang dikenali kerana warnanya yang cantik dan menarik, tertarik, kau memang da bomb. Katak ini berbahaya kerana kulit nya yang beracun. Beberapa puak asli menjadikan bisa katak ini sebagai bahan tambahan kepada anak panah bagi memburu binatang di dalam hutan. Bisa katak ini sekalipun tidak dapat membunuh manusia pada masa itu juga, namun boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Bisa katak ini juga mampu menyerap ke dalam kulit manusia, dan lebih membahayakan bila terkena pada luka yang besar. Jenis katak dart beracun ini yang paling bahaya adalah Katak Dart Emas yang dikatakan mampu menyerap apa sahaja.


5. Ular Laut Perut Kuning
 
Ular laut ini juga merupakan antara ular yang paling cantik di dunia. Dengan warna kuning nya yang kontra dengan warna hitam bahagian atas, ular ini memiliki bisa yang sehebat seekor Cobra a.k.a Ular Tedung. Namun lebih menakutkan ialah, bisa yang dimiliki ular ini lebih pekat dan lebih bertoksik. Dikatakan juga setitik bisa ular ini mampu membunuh 3 lelaki dewasa!


6.  Sotong Kurita Cincin Biru
 
Haiwan ini selalunya akan membuatkan  penyelam-penyelam baru akan tertipu dengan keindahan warnanya. Apa yang berbisanya sotong ini? Sotong ini mengandungi bisa seperti tetrodotoxin, 5-hydroxytryptamine, hyaluronidase, tyramine, histamine, tryptamine, octopamine, taurine, acetylcholine, dan dopamine! Disebabkan tiada antivenom bagi haiwan ini, maka rawatan terbaik bagi mangsa yang terkena sengatan haiwan ini adalah CPR!


7.  Burung Hooded Pitohui
Pitohui merupakan satu-satu nya jenis kumpulan burung yang berbisa. Juga dikenali dengan nama "The Flying Venom".  Dari mana datang bisanya? Bisa burung ini datang daripada kulit dan juga bulu pelepah nya. Juga dikatakan bisa yang terdapat pada burung Pitohui ini merupakan bisa yang paling merbahaya kepada manusia. Bagi bisa biasa, seekor tikus mengambil masa selama beberapa minit untuk mati. Namun bisa burung Pitohui ini mampu membunuh seekor tikus dalam masa hanya beberapa saat!


8.  Kala Jengking Death Stalker
 
Walaupun nampak cantik dengan warna kuning yang hampir transparent, bisa kala jengking ini sangatlah memudaratkan. Kala jengking yang suka tinggal di kawasan berpasir ini juga mampu membuatkan manusia yang terkena sengatannya, sukar untuk bernafas. Racun bisa yang ada pada kala jengking mampu memberikan kesan dahsyat kepada mangsa nya sehingga boleh membawa kematian.


9.  Ikan Buntal
 
Walaupun nampak lucu dan kiut sket-sket, tapi ikan buntal sebenarnya lebih membahayakan manusia selepas kematiannya berbanding semasa ikan itu hidup. Di beberapa tempat, hidangan ikan buntal merupakan hidangan istimewa yang menjadi idaman. Namun, Saxitoxin dan Tetrodotoxin yang terkandung dalam ikan ini, mampu membunuh manusia sekelip mata dengan menyekat saluran pernafasan.!


10. Lanomia a.k.a Ulat Beluncas Pembunuh Upahan
Sekalipun nampak kecil, namun ulat beluncas ini telah mengakibatkan banyak kematian. Dengan tubuh kecilnya, ulat ini mampu menyebabkan mangsa nya mengalami pendarahan selain daripada menghalang daripada darah untuk membeku. Ulat beluncas ini juga menghasilkan 'darah lebam' yang sebenarnya sudah rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik lagi. Selain darah, bisa haiwan ini turut menyerang sel manusia, serta membunuh platlet darah. Pendarahan dalaman akan berakhir dengan pendarahan luaran di seluruh organ badan mangsa! Banyak terdapat di Brazil..



credit : http://busuk.org/ping/view/527747

Mak Andam Curi Lembu



Seorang wanita yang mendakwa bekerja sebagai mak andam ditahan apabila didapati mencuri lembu di Tanjung Tualang, di sini, awal pagi semalam.


Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, suspek bersama tiga rakannya menggunakan ubat pelali membuatkan lembu yang dicuri pengsan sebelum dipunggah ke dalam van.

Kegiatan suspek terbongkar selepas sepasukan anggota dan pegawai polis diketuai Ketua Balai Polis Tanjung Tualang, Sarjan Sharudain Said, menahan suspek bersama tiga lelaki ketika mereka melakukan rondaan cegah jenayah.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, kelibat mencurigakan empat suspek yang berada di kawasan perkampungan berhampiran lombong menyebabkan anggota polis mengejar sebelum menahan suspek yang menaikivan.


VIDEO LAWAK : 






sumber : hmetro.com.my

PELIK Bayi Dua Muka Di Lahirkan

RAWALPINDI: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.
Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.

“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.
“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.


Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.

Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.

Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi





Bayi dua muka dilahirkan di HFH






credit : http://busuk.org/ping/view/23361







MasyaAllah! Faizal Tahir Memang Terbaik


  ni baru artis yang pandai berfikir, :)

jom tonton video disini : 




credit : http://busuk.org/ping/view/527020

bukti burger McD tidak baik untuk kesihatan



Seorang lelaki dari Utah, US menemui Hamburger McDonald yang dia beli pada tahun 1999, dan keaadaannya masih sama seperti waktu dia beli waktu itu. Ketika itu David Wipple makan makanan segera selama sebulan untuk membuktikan dan menunjukkan kepada teman-temannya dimana pengawet di hamburger akan membuat kita tidak tenang, tidak akan terjadi apa-apa ketika ini, namun apa akan terjadi suatu hari nanti?.



Tapi dia lupa dan akhirnya dia menemukan kembali hamburger di saku jaketnya dan kemudian meneruskan pembuktian anehnya itu, dimana keampuhan bahan pengawet menjaga makanan tersebut. Dia terkejut melihat hamburger tersebut masih sama bentuknya setelah 14 tahun kemudian. “Itu tidak sengaja” kata whipple di sebuah acara TV The Doctor.



Dan dia memutuskan untuk menyimpan hamburger itu untuk waktu yang lama. Saya menemukannya masih berada di dalam peper bag khas McD, tidak ketinggalan bil pembeliannya juga masih ada di dalamnya, pada saat itu saya membelinya kemudian memasukkannya ke dalam jaket dan meletakkannya di belakang trak saya dan akhirnya saya lupa. Setelah beberapa bulan kemudian baru saya memindahkan jaket itu dalam rumah namun tidak mengusik hamburger itu. “Isteri saya tidak menemukannya setidaknya satu atau dua tahun setelah itu,” katanya.

Whipple, yang masih memiliki bukti pembelian hamburger itu, berkata, kini dia menasihatkan cucu-cucunya agar memakan makanan yang sihat. “Nasib baik saya memiliki hamburger ini, untuk menjadi bukti bahawa makanan segera tidak baik untuk kesihatan kita..'


sumber : http://busuk.org/ping/view/526624

Bukti Soya Memang Tak Bagus Untuk Kesihatan

 
 Pernah tak dengar orang cakap soya tak bagus untuk kesihatan? Pernah kan?. Tapi, kalau kita tanya dengan orang ramai yang lalu lalang kat tepi jalan, saya pasti hampir kesemuanya akan mengatakan bahawa soya sangat bagus untuk kesihatan. 


Bukti Soya Memang Tak Bagus Untuk Kesihatan


Kenapa sebaliknya? Hakikatnya sebenarnya, soya adalah makanan yang sangat bertoksin dan sepatutnya kita lama sudah berhenti daripada meminumnya!

MONSANTO (syarikat multinasional pertanian bioteknologi) telah mengawal hampir 90% genetik-genetik semua biji benih tanaman. Dan hampir 95% biji benih soya sebenarnya telah menjalani proses ubahsuai genetik dan ianya merupakan salah satu daripada makanan yang sangat tinggi dengan bahan yang tercemar dengan pestisid (racun perosak).

Soya akan meningkat kandungan estrogen (hormon perempuan) sehingga 6-8 kali ganda kepada kaum lelaki, mencapai tahap kandungan estrogen normal bagi seorang perempuan!

Soya juga tinggi dengan kandungan asid phytic yang mampu menghalang penyerapan mineral perlu seperti, kalsium, magnesium, kuprum, besi, dan zink. Diet yang mengandungi kandungan asid phytic yang tinggi juga menjadi punca kepada kadar malnutrisi yang tinggi dalam kalangan penduduk negara dunia ketiga.

Selain daripada itu, phytate yang terkandung dalam makanan itu juga jenis yang susah untuk disingkirkan walaupun melalui teknik masakan yang sangat lama. Akan tetapi, teknik penapaian soya (seperti tempe) dilihat mampu mengurangkan paras phytate yang terkandung dalam soya.

Industri berkaitan soya sebenarnya telah lama membelanjakan wang yang banyak bagi melindungi rahsia besar mereka kerana pelaburan yang telah mereka lakukan. Jika anda terpaksa juga untuk memilih sumber soya, pastikan soya yang dipilih adalah jenis organik dan dari sumber yang ditapaikan. 

Namun oleh sebab tahap kebolehpercayaan yang rendah terhadap industri soya kini, kebarangkalian untuk kita mengambil makanan soya yang sudah diubahsuai secara genetik adalah SANGAT TINGGI!

JOM TUKAR MAKANAN! ;)



sumber : http://busuk.org/ping/view/523544









Sedih : Bapa Bawa Mayat Anak Dalam Beg Naik Bas Sebab Tak Mampu Bayar Van Mayat


Sedih : Bapa bawa mayat anak dalam beg naik bas sebab tak mampu bayar van mayat

Sedih : Bapa bawa mayat anak dalam beg naik bas sebab tak mampu bayar van mayat

Seorang bapa di China telah ditahan atas tuduhan cuba menyeludup mayat anak perempuannya berusia dua tahun dalam sebuah beg menaiki bas selepas kanak-kanak itu mati. Yang Cheng, 35, dan isterinya Lin Sun membawa mayat anak mereka dari rumah mayat di Hospital Hefei, di wilayah Anhui selepas memasukkannya ke dalam sebuah beg yang besar. Mereka kemudian pergi ke stesen bas tempatan di mana mereka cuba untuk menaiki bas dan kembali ke rumah mereka di Ququi.


my2 Sedih : Bapa bawa mayat anak dalam beg naik bas sebab tak mampu bayar van mayat

Walaubagaimana pun, rancangan itu telah gagal apabila pengimbas keselamatan mengesan mayat kanak-kanak itu di dalam beg. Polis telah dipanggil dan Encik Yang telah disoal siasat.

Dia memberitahu, mereka terpaksa melakukannya selepas menyedari bahawa mereka tidak mampu membayar van mayat. Lelaki itu akhirnya dibebaskan tanpa hukuman dan sebuah teksi swasta dibayar untuk dua jam perjalanan kembali ke rumah. Jurucakap polis berkata: “Ia adalah dilarang untuk membawa mayat dalam pengangkutan awam.


sumber : infomedia.my

Koleksi Video-Video Gwiyomi Malaysia

Bahaya Tato, Wanita Meninggal Gara - Gara tato

article-2312922-196DEE8C000005DC-736_642x610 
Seorang mahasiswi meninggal dunia beberapa jam setelah ia ditato.
Siswi ini bernama Federica Iammatteo, ia tercatat sebagai mahasiswi di Milan. Sebelum ditato, ia dinyatakan dalam keadaan yang sangat sehat.
Keesokan harinya ia mengalami pendarahan, dan malamnya jantungnya berhenti sehingga mengakibatkan kematian.
Pada hari Khamis siang, Iammatteo mengunjungi salon tato untuk digambarkan di sebelah kanan tulang punggungnya. Sebelumnya ia telah mempunyai tato di bagian tengah punggungnya.
Namun, pada Jumaat paginya, ia merasa menggigil dan menemukan jarim ditangan dan kakinya, ia mengirimkan pesan kepada temannya dan mengatakan mungkin ia sedang demam. Kerana keadaanya semakin memburuk, keluarganya membawa Iammatteo ke dokter.
 


Ia diperiksa oleh dokter di San Giuseppe di Milan, namun kerana tiba-tiba mengalami pendarahan, segera ia dirunut ke Policlinica, yang merupakan rumah sakit elit di Milan. Keluarganya diminta pulang kerana pihak rumah sakit ingin memeriksa lebih detail.
Iammatteo dan ayahnya
 

Sehari sebelum meninggal, Iammatteo berpose dengan Ducati merahnya
Pihak keluarga juga menegaskan Iammatteo selalu ke salon tato yang aman dan terjamin kesterilannya. Bahkan ketika pihak polis menyelidiki tempat ia membuat tato, tidak ditemukan hal-hal berbahaya yang membuat seseorang boleh meninggal. Iammatteo diduga mengalami alergi terhadap tinta tato yang digunakan.
 
Iammatteo dan salah seorang temannya


sumber : http://busuk.org/ping/view/523405 

Punca Aaron Aziz Mengamuk Di Instagram


Punca Aaron Aziz Mengamuk Di Instagram : Susulan kenyataan sebuah artikel yang mempertikaikan hak Aaron Aziz untuk mengarah filem, beliau telah mengamuk di akaun Instagramnya dengan satu kenyataan balas yang bernada agak tegas dan kecewa. Inilah kenyataan marah dan luahan Aaron Aziz semalam.

 
 xlupadotcom1215 Punca Aaron Aziz Mengamuk Di Instagram
Aaron+Aziz+mengamuk Punca Aaron Aziz Mengamuk Di Instagram
 
g5uc7 Punca Aaron Aziz Mengamuk Di Instagram
Bersama dengan kenyataan balas Aaron itu, dia turut memuat-naik sekeping gambar yang menunjukkan resit pendaftarannya sebagai ahli FDAM melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).
 
resit+pendaftaran Punca Aaron Aziz Mengamuk Di Instagram
 
 
6 Cara Kurangkan Marah Ketika Marah!
1. Perlahankan radio atau TV@lebih baik terus tutup.
-haaa, sebenarnya bila kita marah bunyi bising disekeliling kita akan menambahkan lagi marah!!! bila elle marah dan radio terpasang, elle cepat tutup radio/TV!!! sebabnya, hati elle tengah panas dan JANGAN TAMBAHKAN KEPANASAN itu… BAHAYA…

2. Letakkan semua barang yang anda pegang!!! dan biarkan tangan kosong…
-ramai orang bila marah akan terasa nak naik tangan!!! tapi lebih teruk bila seseorang memegang barang yang keras dan mungkin berbahaya(macam kes artis seorang tu!!! TERUK KAN???)… jadi letak cepat2!!! TERUTAMA JIKA anda seorang panas baran…

3. Jika berada didapur, kalau boleh terus pergi ke ruang tamu!!!
-ini yang agak bahaya, orang marah SYAITAN akan kuasai badan(hasut untuk anda buat dosa besar seperti membunuh atau memukul orang yang tak bersalah…) Jadi dapur banyak barang berbahaya, segera ke tempat selamat dalam rumah anda!!!
-takut2 anda memegang pisau!!!
INGAT: PEGANG PISAU tak mengurangkan rasa marah anda!!!
 4. Kunci mulut dan kalau boleh badan anda!!!
-maksud disini elle bukan suruh anda mangga(LOCK) badan anda tapi mendiamkan diri!!! jika dua2 pihak sedang marah dan dua2 menjerit dan memaki hamun ia akan MENAMBAHKAN kemarahan bukan kurangkan!!! jika berdiam, perkara ini tidak akan berlarutan sehingga tiba sesi ungkit-mengungkit!!!

5. Tarik nafas dalam2 dan leebih baik mandi atau basahkan kepala.
-ini antara cara yang terbaik!!! lebih elok jika anda mengambil wuduk… itu lebih afdal!!! MEMANG DIJAMIN air membantu mengurangkan rasa marah!!!

6. Jika marah memuncak ke Gunung Everest!!! fikirkan masa depan anda…
-marah yang memuncak merupakan kejayaan bagi SYAITAN. jadi mulalah timbul kes cerai, putus kawan, MEMBUNUH dan macam2 perkara yang kita tidak jangka!!!



sumber : http://busuk.org/ping/view/523159

Lihatlah Dengan Mata Hati Dan Pasti Anda Akan Menangis

terasa diri ini sangat hina sebagai hambaNya.. diri ini sangat sempurna berbanding hambaNya di dalam video tapi amal ibadat kepada Allah masih sikit.. Ya Allah,, sesungguhnya Engkaulah yang esa..





jom tonton video disini :



Lihatlah Dengan Mata Hati



sumber : http://busuk.org/ping/view/519661

Doa Agar Di Beri Kelapangan Hati

Doa ini Sangat Bermanfaat sekali jika kita menghadapi Sesuatu kesempitan, baik kesempitan dalam masalah zahir maupun bati, agar kita terhindar dari perbuatan yang kufur nikmat,dan agar di lapangkan segala urusan yang dunia.



 

Artinya: "Ya Tuhan, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah segala urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku." (QS. Thaha: 27)

Keterangan :
Doa di atas balk sekali dibaca ketika menghadapi kezhaliman seseorang, kelompok, dan penguasa. Juga dibaca agar mendapatkan kelancaran, kemudahan dalam berdakwah. Doa ini pula yang sering dibaca oleh para mubaligh.
 Al-Quran mengisahkan, bahwa doa tersebut dibaca oleh Nabi Musa a.s. ketika mendapat perintah dari Allah Swt. agar menyampaikan risalah kepada Fir'aun. Dan akhirnya Allah Swt. mengabulkan permintaan Nabi Musa a.s., bisa dilihat dalam Al-Quran Surah Al-kahfi dari ayat 24-36.


sumber : http://busuk.org/ping/view/522240

Subhanallah! Jenazah Ibu Masih Segar Walaupun Sudah 30 Tahun

  Seorang  anak telah bermimpi didatangi ibunya. Pada ketika itu, ibunya telah meninggal dunia lebih dari 30 tahun. Dalam mimpi tersebut ibunya telah meminta anaknya supaya memindahkan kuburnya bersebelahan dengan kubur suaminya. Mungkin bagi sesetengah kita menganggap ia sekadar satu mainan tidur. Tetapi anaknya dengan bantuan orang ramai telah menggali kubur tersebut dan mendapati jenazah ibunya masih lagi kelihatan segar. Subhanallah, biarpun ia sudah mencecah 30 tahun.






Sugiyem telah meninggal dunia sejak 30 tahun yang lampau. Anaknya sering bermimpi agar kuburnya digali dan dipindahkan berdekatan kubur suaminya. Wanita yang berasal dari Desa Kecamatan Jangkar meninggal dunia pada tahun 1981.

Apa yang pelik mayatnya masih utuh cuma agak kering bahkan kain kafan yang memballut jasadnya masih lengkap. Ini menimbulkan kegemparan pada penduduk setempat. Ia meninggal pada usia yang masih muda iaitu 34 tahun kerana sakit.

Anak sulungnya Subri sering bermimpi ibunya mohon agar makamnya dipindahkan berdekatan makam suaminya. Penduduk setempat yang mengenali Suginem semasa masih hidup menyatakan wanita ini amat setia pada suaminya selain seorang yang sangat pemurah dan penyabar.

Banyak hari ini isteri-isteri kurang sabar dengan karenah suami. Kadangkala mereka mengabaikan makan minum suami dengan alasan mereka wanita berkerjaya. Ingatlah apa kerjayapun… namun tak akan terlepas dari tanggungjawab menguruskan rumahtangga kerana ia adalah tanggungjawab WAJIB seorang isteri. Isteri tidak dipersoalkan tentang nafkah di akhirat meskipun mereka bergaji besar melebehi sisuami. Suami yang tidak mendapat layanan isteri dan merasa tersentuh hati di atas perlakuan isteri memungkinkan isteri tidak akan mencium bau syurga. Jadikan kisah di atas sebagai iktibar.




sumber : http://busuk.org/ping/view/520367

Cristiano Ronaldo Menerima Hadiah Mushaf Al Qur'an

Selain terkenal sebagai seorang pemain boleh sepak terhandal dunia, Cristiano Ronaldo juga membintangi beberapa iklan. Dalam satu pengambaran iklan terbarunya di Dubai, pemain yang kerap membela Islam itu menerima hadiah mushaf Al Qur'an daripada seorang lelaki Arab.
 
 
 "Cristiano Ronaldo diberi sebuah salinan Al Qur'an setelah menyelesaikan pengambaran iklan komersial untuk syarikat telefon bimbit Arab," dengan pelancar 101greatgoals.com. Berita Ronaldo menerima mushaf Al Qur'an itu juga disertai bukti sah berupa foto yang mengabadikan saat tersebut, seperti yang dikutip oleh Republika, Khamis (18/4) malam.
Meski beragama Katolik, Ronaldo nampak senang dengan hadiah mushaf tersebut. Foto dan berita itu pun dengan cepat tersebar ke seluruh dunia melalui media sosial, terutama twitter dan facebook. Sebelum ini, pemain yang bergelar CR7 itu sudah sering dikait dengan Islam dan nampak menyukainya. Bersama-sama sahabat baik Mesut Ozil, pemain kelahiran 5 Februari 1985 itu selalu mengingatkan Ozil untuk membaca bismillah. 
 
 
Bahkan, Ronaldo sendiri dberitahu sudah menghafal surat Al Fatihah. Pemain Real Madrid dengan jersi bernombor 7 itu juga dikenali sebagai insan memiliki keprihatian yang tinggi terhadap Palestin. Ronaldo pernah menyumbangkan kasut emasnya senilai 18.4 ribu juta untuk anak-anak Gaza.
 
 
jom tontom video disini :
 
 
 
 
 
sumber : http://busuk.org/ping/view/519484

VIDEO DAN GAMBAR KEMALANGAN MAUT DI FEDERAL HIGHWAY




VIDEO DAN GAMBAR KEMALANGAN NGERI DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN 21 ARPIL 2013 | Tragedi 21 april 2013 / 4.50 a.m / Lebuhraya perseketuan batu 3 / shah alam
Federal Highway merupakan sebuah lebuhraya yang terawal dibina di Malaysia. Lebih kurang jam 4 pagi tadi (21 April 2013), telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan lebih daripada 12 orang. Menurut maklumat yang diterima, 7 maut dan selebihnya cedera (maklumat tidak rasmi).
Kemalangan ini melibatkan 5 motosikal dan 2 biji kereta. Kemalangan ini dikategorikan sebagai kemalangan ngeri kerana mayat kelihatan bergelimpangan di atas jalan dan ada antaranya yang putus tangan, putus kaki dan terputus dua. Menurut saksi, kemalangan ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang mabuk dan menyondol beberapa orang penunggang motosikal yang didakwa berhenti di tepi highway ini secara berkumpulan.

TONTON VIDEO KEMALANGAN MAUT PADA 21 APRIL DI FEDERAL HAGHWAY DI BAWAH.



 
 
Kredit gambar : Que Yahya II
Kredit video : KiRul ApiZan
 
sumber : http://busuk.org/ping/view/520511