Gambar ini berasal dari video seorang paranormal, Michael Cohen, yang mana seluruhnya telah difilemkan oleh dua wartawan Inggeris disaat mereka mengunjungi Mamaus, Amazon. Kerana kamera tersebut telah difokuskan pada sejumlah budak-budak,ternampak dari jauh di belakang mereka ada kilatan cahaya keperakan.
Namun, ketika mata dialihkan ke sekitar hutan tersebut, nampak jelas ada makhluk kecil yang berdiri di sebelah kanan sebuah pohon. Penampakan ini ‘jelas’ terlihat seperti makhluk asing. Sementara bagi sebagian orang, gambar tersebut dengan mudah disangkal sebagai sebuah pembohongan semata-mata.
Cohen, orang yang tercatat sebagai misteri ini pada allnewsweb.com, menyatakan bahawa foto-foto ini telah membuktikan keberadaan alien. Ia mengatakan, “Ini adalah rakaman yang sangat jelas, sehingga akan sukar diragukan.”
“Gambar ini berasal dari sebuah wilayah yang terkenal kerana aktivitas UFO. Hal ini menunjukkan bahawa alien tertarik dengan wilayah ini kerana kepelbagaian biologi.”
“Kawasan itu juga menjadi fokus penyiasatan oleh kerajaan Brazil yang dikenali sebagai Operasi Prato, di mana bala pasukan khusus telah dihantar untuk memantau dan mengesahkan kehadiran alien di wilayah tersebut.”
Ia mengatakan bahawa kerajaan Brazil telah membantah dengan adanya Operasi Prato selama bertahun-tahun sebelum peristiwa ini dan dikeluarkan sejumlah file terkait rapat dengannya. Setelah memperoleh rakaman itu, Cohen yang juga dikenali sebagai seorang ahli paranormal dalam hal UFO, telah dibanjiri sejumlah permintaan dari produser Hollywood yang tertarik menggunakan bukti itu.
“Rakaman tersebut akan digunakan dalam kerjasama langsung dengan pengeluar filim Amerika dan akan berfungsi sebagai bukti asli,” ujarnya.
Untuk melihat lebih jelas, berikut ini videonya :
Update:Video terbabit telah di remove atas sebab yang tidak diketahui oleh pihak kami.
0 comments:
Post a Comment