.
.
Home » » Terkejut ular tumpang 'solat'

Terkejut ular tumpang 'solat'




Gambar ‘makmum’ tidak diundang yang dirakamkan oleh Md Yasin sebelum dilepaskan ke hutan.
 
“Saya hanya berserah kepada ALLAH agar tidak dipatuk ular tersebut dan dapat menyempurnakan solat saya secepat mungkin.” Itu reaksi seorang petani, Md Yassin Saari, 53, yang dikunjungi ‘makmum’ tidak diundang ketika menunaikan solat Isyak di rumahnya di Parit Simpang Lima, di sini semalam.

Menurutnya, sewaktu kejadian jam 9.15 malam, dia sedang menunaikan solat Isyak secara bersendirian di ruang tamu rumahnya sebelum menyedari kehadiran ular di sebelahnya.
“Ketika itu, saya sedang duduk tahiyat akhir dan secara tiba-tiba saya menyedari kehadiran ular yang tidak diketahui spesies berada di sebelah kiri saya.

“Saya yang ketakutan segera menyempurnakan solat secara tergesa-gesa kerana bimbang ular itu memasuki kain saya,” katanya sewaktu ditemui media di rumahnya, semalam.
Md Yasin berkata, setelah selesai mengerjakan solat, dia bersama beberapa orang anaknya berusaha menghalau ular itu keluar dari rumah kerana bimbang keselamatan mereka.
 
“Saya tidak tergerak hati untuk membunuhnya kerana percaya ada hikmah di sebalik kehadiran ‘makmum’ tidak diundang itu ketika menunaikan solat. “Lebih menghairankan, di sebalik tindakan saya tergesa-gesa untuk menyempurnakan solat, haiwan terbabit tidak menunjukkan sebarang reaksi seolah-olah memerhatikan sahaja pergerakan saya sewaktu solat.

“Setelah berjaya ‘memujuk’ ular itu keluar dari rumah, saya mengambil keputusan untuk melepaskannya menyusuri hutan berdekatan rumah saya,” katanya.
 
 
 
sumber : http://myblogsantai.blogspot.com

8 comments:

  1. subahanaallah

    ReplyDelete
  2. subhanallah...andai saja jika itu berlaku ke atas saya

    ReplyDelete
  3. ular masuk dalam rumah jangan bunuh.. Halau saja.. Itu bukan ular.. Pernah terjadi org tangkap dan kurung dalam sangkar tp hilang.. Mengikut cerita imposible bleh kuar tapi ular boleh hilang.

    ReplyDelete
  4. ni spisis anak ular tedung ni...tpt aku byk ular ni

    ReplyDelete
  5. KATAM TEBU - Sangat Berbisa ni, kalau tak silap..

    ReplyDelete
  6. Semasa zaman sekolah dahulu (20 tahun dulu) ular seperti ini pernah sembunyi dlm beg sekolah saya. Apabila saya buka beg utk ambil buku.......kepala dia yg dulu keluar. Memang mengerikan!!!!

    ReplyDelete
  7. Subhanallah. Allah Yang Maha Berkuasa..pasti ade himak disebaliknyer..hanya Allah Yang Maha Mengetahui

    ReplyDelete
  8. subhanallah!!!!!!!!!

    ReplyDelete