.
.

Bayaran RM100 Untuk Pelajar Esok

Bantuan Khas Awal Persekolah RM100


Bantuan khas awal persekolahan RM100: Ibu bapa akan terima secara berperingkat sehingga 15 Februari Batu Pahat: Sebanyak RM498 juta peruntukan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada setiap 4.98 juta pelajar di seluruh negara akan diagihkan mulai esok. 

Ia diberikan terus kepada ibu bapa secara berperingkat sehingga 15 Februari depan.

 Kita akan pastikan bayaran akan berjalan lancar. Pihak sekolah diingatkan supaya membayar terus RM100 kepada ibu bapa tanpa apa-apa potongan hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran 

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata peruntukan sebenar yang disediakan bagi 2013 adalah RM540 juta, termasuk untuk pelajar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat, tetapi kementerian belum menerima jumlah sebenar pelajar terbabit. Bayar tanpa potong hutang tertunggak “Bagaimanapun, kita akan pastikan bayaran akan berjalan lancar.

Pihak sekolah diingatkan supaya membayar terus RM100 kepada ibu bapa tanpa apa-apa potongan hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya selepas program ramah mesra bersama penduduk Bakau Chondong di Parit Gantung, di sini semalam.

Sementara itu, Mohd Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, berkata RM3.8 bilion dibelanjakan kerajaan tahun lalu bagi bantuan pendidikan kepada pelajar di seluruh negara. Rancangan makanan tambahan Katanya, ia termasuk Rancangan Makanan Tambahan, makanan di asrama harian dan asrama penuh, Biasiswa Kecil Persekutuan sekolah menengah, bantuan tuisyen, bantuan buku teks serta Susu 1Malaysia.

“Contohnya makanan di asrama penuh dan harian, kos makanan pelajar adalah RM15 sehari, tetapi ibu bapa hanya perlu membayar RM1 sahaja, manakala RM14 lagi ditanggung kerajaan membabitkan minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam serta minum lewat malam. 
 "Semua pelajar di asrama harian atau asrama penuh layak menerima subsidi ini, manakala pelajar asrama desa menerima 100 peratus bantuan tanpa perlu membayar apa-apa.
 “Malah, untuk Biasiswa Kecil Persekutuan bagi pelajar sekolah menengah, penerima dibayar RM300 setiap seorang,” katanya.-bharian.com.my

Infokinie- Jadi kepada Ibubapa pelajar yang anaknya tidak menerima bayaran penuh daripada mana-mana guru di sekolah masing-masing hendaklah minta bayaran penuh RM100 tersebut.Takenote sikit tentang perkara ini.Nanti ada cikgu yang ambil kesempatan untuk memotong bayaran tersebut.Pihak sekolah diingatkan supaya membayar terus RM100 kepada ibu bapa tanpa apa-apa potongan hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Penjenayah Balasah Polis

Penjenayah Balasah Polis


Bak filem hollywood,sekumpulan penjenayah berjaya melarikan diri dari tahanan polis setelah memperdayakan mereka dengan tipu helah.Info lanjut sila baca petikan dari harian metro di bawah ini:-

Polis dibelasah penjenayah


BUTTERWORTH: Sekumpulan tahanan dalam perjalanan dari Penjara Reman Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth, melarikan sebuah van polis selepas membelasah empat anggota polis pengiring di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth berhampiran susur keluar ke Pantai Bersih di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, sebahagian daripada sembilan tahanan terbabit dikatakan mencetuskan kekecohan dengan bergaduh sesama sendiri menyebabkan kenderaan itu diberhentikan di tepi jalan dekat Pantai Bersih di sini. Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata empat anggota polis yang mengiringi tahanan terbabit turun dari kenderaan untuk meleraikan pergaduhan tahanan terbabit.

“Tiba-tiba seorang daripada tahanan membaling serbuk cili ke arah anggota kami sebelum melakukan serangan. Tahanan itu membelasah anggota terbabit dan meninggalkan mereka di tepi jalan sebelum melarikan kenderaan polis,” katanya kepada pemberita selepas melawat empat anggota terbabit yang mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Seberang Jaya, petang tadi. Abdul Rahim berkata, van polis itu ditemui ditinggalkan di Padang Cempedak kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian di mana tujuh tahanan melarikan diri manakala dua lagi tahanan tidak berbuat demikian dan ditahan semula.

“Kita percaya kejadian ini dirancang lebih awal dan pergaduhan sesama tahanan di dalam van berkenaan sengaja diadakan bagi melarikan diri,” katanya menjelaskan gerakan memburu tahanan terbabit giat dijalankan terutama di sekitar Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor. Polis juga mengeluarkan beberapa gambar suspek bagi memudahkan pegecaman dan meminta orang ramai menghubungi balai polis berdekatan jika mempunyai maklumat mengenai tahanan yang melepaskan diri itu.-hmetro.com.my

Infokinie:-Memang bahaya penjenayah sekarang,mereka berkomplot untuk menumpaskan pihak polis.

Lagi Kes bayi Kena Bunuh

bayi kena bunuh


Sungguh zalim apabila seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui mati dalam tong sampah yang dipenuhi longgokan sisa tulang ayam, malam kelmarin.


Dalam kejadian jam 7 malam, bayi perempuan terbabit disumbatkan ke dalam beg berwarna biru sebelum dicampakkan di belakang sebuah restoran makanan segera di Jalan Onn Jaafar, di sini.

Lebih mengerikan apabila mayat bayi terbabit yang masih berdarah dan bertali pusat turut dimasukkan ke dalam beg itu bersama urinya.
Sumber polis berkata, bayi perempuan itu yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh beberapa jam ditemui seorang pengutip sampah yang mencari barangan terpakai di kawasan itu.

Menurutnya, pengutip sampah yang mengais tong sampah milik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu dikatakan menemui beg itu sebelum membukanya.

“Bagaimanapun, dia terkejut sebelum menjerit ketakutan dan berlari dari lokasi mayat bayi itu ditemui. Tindakan lelaki itu menarik perhatian orang ramai yang menghubungi polis.
“Anggota polis forensik yang bergegas ke lokasi kejadian kemudian menemui mayat bayi berlumuran darah itu di dalam tong sampah,” katanya.

Bagaimanapun, polis belum dalam memastikan sama ada bayi itu mati akibat dibuang ke dalam tong sampah atau ketika dia dilahirkan.
“Ini kes pertama membabitkan bayi dibuang di bandar raya ini tahun ini. Polis menghantar mayat bayi itu ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk bedah siasat.

“Setakat ini polis belum dapat mengenal pasti bangsa bayi itu. Orang ramai ada maklumat diminta menghubungi Balai Polis Ipoh di talian 05-2451500 untuk bantu siasatan,” katanya.
SUMBER: hmetro.com.my
infokinieTiada perkataan lain yang terungkap dari mulut admin ketika ini kecuali perkataan KEJAM.

Pelajar Kena Kelar Hingga Mati

Pelajar Kolej Mati Kena Kelar Di Leher


pelajar kena kelar dileher

Seremban Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta di bandar ini ditemui mati, dipercayai dibunuh, dengan kesan kelar di leher di rumah bapa saudaranya di Taman Desa, Mantin, dekat sini, malam kelmarin.
Mayat S Sintuja, 19, yang berasal dari Temerloh, Pahang, ditemui sepupunya dalam keadaan terbaring di atas lantai di bilik tidur, jam 8.30 malam, sebelum menghubungi bapanya.

Sumber berkata, si mati yang masih menuntut di Kolej Tafe, Sikamat, dekat sini, dikatakan kerap bermalam di rumah bapa saudaranya pada cuti hujung minggu.
“Hasil siasatan awal, bapa saudara mangsa memberitahu pada setiap petang Jumaat, dia membawa balik mangsa ke rumahnya sebelum menghantar pulang ke kolej kediaman pada Ahad.

“Mangsa sudah setahun menuntut di kolej berkenaan dan menetap di asrama kolej,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati, ketika mayat ditemui, semua pintu di dalam rumah dalam keadaan tidak berkunci, namun tiada kesan pecah masuk atau barangan hilang.
“Sebilah pisau turut ditemui di atas katil berdekatan mayat mangsa,” katanya.

Kata sumber itu, daripada keterangan bapa saudara mangsa, dia keluar dari rumah sekitar jam 6 petang sebelum menerima panggilan daripada anaknya mengenai kejadian itu, jam 9 malam.
Beliau berkata, susulan itu polis kini menahan reman bapa saudara dan sepupu mangsa bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh.

Menurutnya, setakat ini polis masih mengenal pasti motif kejadian dan siasatan dijalankan dari segenap aspek.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat,” katanya.
Sumber-hmetro.com.my
infokinie- Dunia oh dunia,betapa kejamnya penghuni dunia sekarang ini.

Mayat dalam tong dram


Mayat dalam tong dram

Kanak-kanak dibunuh

SEMPORNA: Misteri kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun sejak lima hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di sebuah ladang sawit di Kampung Salimbangun, dekat sini, kelmarin.

Mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.

Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.

Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.

Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal.-hmetro