.
.
Home » , » Jom tengok Anak jaguh badminton kita, Lee Chong Wei

Jom tengok Anak jaguh badminton kita, Lee Chong Wei

Datuk Lee Chong Wei Dan Wong Mew Choo Dapat Anak Lelaki | Nampaknya hari ini akan menjadi hari bersejarah untuk pasangan pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan isterinya Datin Wong Mew Choo kerana bayi pertama mereka akan lahir.














Mew Choo dijadualkan untuk melahirkan anak lelaki secara pembedahan hari ini, dan bayi pertama mereka itu bakal diberi nama Kingston Lee. Perkahwinan pasangan popular ini telah diraikan dalam majlis gilang-gemilang November tahun lepas. Chong Wei dilaporkan sebagai berkata yang dia berharap kelahiran bayinya akan member semangat baru dalam mengejar kejuaraan dunia, terutamanya selepas kekalahan beliau di Kejuaraan Terbuka Australia baru-baru ini.

Sukar untuk saya tinggalkan Mew Choo sendirian, terutamanya pada tahap kandungannya sekarang. Dia sangat memahami dan meminta saya fokus kepada pertandingan, tapi saya asyik fikirkan dia dan anak kami.

Ramai fikir saya tidak sepetutnya bertanding untuk Kejuaraan Terbuka Australia. Sebagai seorang pemain, saya dah merancang banyak perkara untuk setahun. Saya buat keputusan untuk sertai Terbuka Australia, jadi saya perlu menerima kekalahan. Tapi jangan risau, saya dah buat keputusan untuk fokus pada satu misi saja, iaitu menjuarai Kejohanan Dunia di Guangzhou (pada bulan Ogos).

Bukan mudah untuk mengekalkan status saya sebagai pemain badminton nombor satu dunia sepanjang empat tahun lepas. Saya terpaksa berhadapan dengan semua jenis pemain – tua atau muda – yang semuanya nekad untuk mengalahkan saya.

Ia sukar dan mencabar. Saya perlu terus berlatih dengan keras untuk mengekalkan stamina dan terus memotivasikan diri. Ini ialah kerjaya saya dan saya gembira kerana Mew Choo memahaminya.

Tahniah buat pasangan Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo

UPDATE TERKINI
Pasangan badminton negara Dato' Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo menyambut kelahiran bayi lelaki sulung mereka di Hospital Gleneagles di Ampang sebentar tadi. Mereka menamakan bayi Kingston Lee kerana ia nama kesukaan Dato' Lee Chong Wei sebelum ini.

Dato' Lee Chong Wei tidak akan beraksi di kejohanan Piala Axiata hujung minggu ini untuk menumpukan penjagaan kepada Kingston.


credit : http://busuk.org/ping/view/512946 

1 comments:

  1. Yuk Gabung Di Indomonopoly http://bit.ly/2c8G2QW
    Tersedia Bonus Promo Menarik
    - Cash back 10% dari nilai kekalahan(setiap minggunya)
    - Komisi referral 50% (syarat ketentuan berlaku)

    Untuk Keterangan Lebih Lanjut Silahkan Hubungi Live Chat Kami
    - Web : indomonopoly http://bit.ly/2c8G2QW
    - Facebook : http://bit.ly/2ckBw1t
    - BBM Pin : 5649B320
    - Line : hermilyrostan

    ReplyDelete