Posted by sudir man
 Posted on 21:03
 with 5 comments
 
  Terbaca satu artikel tadi yang menyatakan kita tidak boleh makan ikan sardin kerana didalam tin ikan sardin itu mempunyai bahan kimia??tapi betul ke??mari kita baca kenyataan itu dan maklum balas dari pihak produk Sardin Ayam Brand sendiri.Pernah makan ikan sardin? Pasti anda tahu yang tulang ikan sardin  tersangatlah lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga  semua tulangnya menjadi lembut? Kalau kita membuat eksperimen sains yang  mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam  secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan  kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan  menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3  malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan  tetap keras.Apa yang ingin dipersoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin  ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah  tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan  sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga  menjadikan tulang ini lembut. Bahan kimia inilah yang menjadi ancaman  kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian  pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti buruknya  amalan makan sardin ialah kes seorang wanita yang terpaksa dibuang  keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya.  Setelah disiasat, beliau memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi.  Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk  dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan  sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an.  Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar  makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid akan tumbuh di  dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak  merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan  pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam  tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen  (bahan kimia penyebab kanser). Apabila sudah cukup tempohnya, ia akan  menyebabkan tumor atau kanser samada benign atau malignan. Tetapi,  berdasarkan kajian ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.Ada satu lagi kes iaitu seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba  sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan  tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang  mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan  sardin. Akibat dari tabiat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya  ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini.  Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia dalam lingkungan 3  bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiat gemar makan ikan sardin.TAHUKAH ANDA ARTIKEL DI ATAS ADALAH PALSU DAN FITNAH.
MAKLUM BALAS DARI SYARIKAT BRAND SENDIRI
Assalamualaikum.Tuan / Puan,Terima kasih kerana menghubungi pihak kami dan memberitahu kami mengenai  emel internet palsu yang berniat jahat bahawa Sardin Dalam Sos Tomato  Ayam Brand mengandungi bahan yang boleh menyebabkan kanser.Kami ingin menegaskan di sini bahawa emel yang tuan/ puan terima itu  adalah tidak benar dan merupakan kenyataan fitnah yang menyatakan produk  Sardin Ayam Brand dalam Sos Tomato mengandungi bahan-bahan yang boleh  menyebabkan kanser dan tidak HALAL.Bagi pengetahuan pihak tuan / puan, tulang ikan menjadi lembut adalah  kesan dari proses penyahkuman (sterilization) di mana ikan-ikan sardin  yang telah di tinkan di masak di dalam sebuah dandang (atau “retort”)  pada suhu mencecah 120°C selama satu jam. Ini perlu bagi memastikan  semua kuman dan bakteria yang terdapat di dalam makanan dalam tin  tersebut terhapus dan selamat untuk dimakan. Proses ini adalah wajib di  dalam sebarang proses pengeluaran produk makanan dalam tin dan ianya  tidak boleh disamakan dengan masakan di rumah walau menggunakan  “pressure cooker” sekalipun.Setakat ini tiada laporan klinikal atau saintifik yang mengaitkan sardin  sebagai punca kepada ketumbuhan fibroid atau mana-mana jenis kanser.  Sebaliknya Sardin Ayam Brand secara saintifiknya mengandungi minyak ikan  Omega-3, kalsium dan bahan mineral lain yang kita perlukan.Semua produk Ayam Brand adalah disijilkan HALAL, dibawah naugan  badan-badan pensijilan HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM mengikut  negara-negara pengeluar produk tersebut.Semua produk Ayam Brand yang dikeluarkan di Malaysia adalah disahkan  HALAL oleh JAKIM ( Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ). Kilang pemproses  Sardin dalam Sos Tomato kami di Taiping, Malaysia, adalah disijilkan  HALAL oleh JAKIM dan hanya dibenarkan untuk mengeluarkan produk-produk  HALAL.Pengurusan dan pengawalan semua Pensijilan HALAL dan  prosedur-prosedurnya adalah dibawah kelolaan Head of Ayam Brand Halal  Department.Kami ingin mengingatkan semua pengguna bahawa penyebaran  kenyataan-kenyataan palsu terutamanya yang bertujuan untuk  menakut-nakutkan pengguna mengenai produk makanan adalah salah disegi  undang-undang jenayah dan pihak kami tidak akan ragu-ragu untuk  mengambil tindakan terhadap mereka yang berbuat demikian.Kami berbesar hati jika pihak tuan / puan sebagai muslimin dan  muslimat yang bertanggungjawab boleh mengedarkan emel ini kepada sesiapa  yang telah menerima emel palsu tersebut untuk mengurangkan kebimbangan  mereka.Akhir sekali, terima kasih kerana sokongan pihak tuan/ puan terhadap produk barangan Ayam Brand.Sila rujuk kepada saya sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat selanjutnya.Wassalam.Yang Benar,Encik Mohammad Hisham bin Hj.TalibHead of Ayam Brand Halal DepartmentA.Clouet & Co (KL) Sdn. Bhd.Tel : 05-895 8811 ( Direct line )
p/s: sebelum membuat sesuatu kenyataan, perlulah kita menyiasat terdahulu okay??     sumber : http://busuk.org/ping/view/516600   
 
 
ah,biasa sgt jdi kes mcm ni..semua nk menjatuhkan je..mana mungkin lah sesuatu produk itu akan diberi iktiraf dr Jakim,sekiranya produk itu mengunakan bhn2 yang tidak halal.kan untuk mendptkan sijil halal itu ada procedure dan processnya..kalau nak ckp pasal halal dan kesihatan ini,kenapa rokok yang sememangnya tiada cop halal dan mendtgkan penyakit itu still dibeli oleh org ramai??tak terfikir pula kan nak letak tanda HALAL pd kotak rokok.
ReplyDeletebodoh pnya org yg buat artikel palsu ni..leh dtg ftnah je..ak sndri suka kot mkn lauk ni...my feveret kot
ReplyDeletebodoh pnya org yg buat artikel palsu ni..leh dtg ftnah je..ak sndri suka kot mkn lauk ni...my feveret kot
ReplyDeleteni fakta ke auta??
ReplyDeleteRajinnya orang yang buat eail palsu. takde kerja lain agaknya. Thanks for the info :) kalau tak habis baca tadi mungkin saya pun terpedaya
ReplyDelete