.
.

Peristiwa seram di wad hospital


Kisah ini ada lah benar dan aku yakin ada orang lain pernah mengalaminya. Pada 19 October lalu, aku telah dimasukkan kehospital. Ini adalah kali pertama aku menjadi ‘penghuni sementara’ disebuah hospital. Aku ditempatkan disebuah bilik yang mangandungi enam orang pesakit. Katilku terletak ditengah tengah. Semua pesakit sebilikku itu ialah cina yang lanjut usia.
Hampir setiap malam aku tidak dapat lena kerana ‘kekenyangan’ tidur pada siang siangnya. Pada suatu malam, kira kira jam 9, aku rasa ingin membuang air kecil, tetapi takut untuk kebilik air yang agak jauh dari tempatku. Lagipun, lampu diluar sudah dipadamkan.
kisah seram di hospital
Akhirnya aku memberanikan juga diri untuk ke bilik air kerana tidak tahan, khuatir akan ‘terbuang’ diatas katilku. aku berjalan perlahan lahan menuju ke bilik air. Setibanya disitu, aku dapati blik air itu kosong. Tetapi dengan tiba tiba aku terdengar macam ada orang sedang menyelongkar sesuatu dalam tong khas untuk membuang tisu yang telah dipakai. Aku cuba memeriksa setiap tandas, tetapi semuanya kosong. Apabila aku pergi ke tandas terakhir yang berselebahan dengan tingkap, aku dapati pintunya tertutup dan mungkin juga dikunci.
Aku pun biarkan sahaja kerana sangakaku, mungkin ada orang didalamnya. Aku pun pergi ke besin untuk mambasuh muka sementara menunggu orang yang ada didalam tandas terakhir itu keluar. Aku memang selalu ke tandas itu dan tidak pernah ketandas lain melainkan untuk mandi. Lama juga aku menanti. Apabila aku mula merasa bosan, aku terus ke tandas itu semula dan…alangkah terperanjatnya aku apabila mendapati tiada sesiapun didalamnya. Pintu terbuka luas, tidak tertutup seperti tadi.
“Bila masa orang n ie keluar, tak nampak pun,” kataku sendirian.
Aku mula terasa takut. apa tidaknya, hampur 10 minit aku mannatinya diluar, tiba tiba tandas itu kosong dan pintunya terbuka padahal aku yang berada diluar tak nampak sesiapapun semasa aku mencuci muka tadi. Oleh karana terlalu takut, aku tak jadi buang air kecil dan terus balik ke bilikku. aku cuba tenangkan perasaanku.
Sepanjang malam aku gelisah tidak boleh tidur. Puas aku cuba memejamkan mata, tetapi gagal. Dalam kegelisahan begitu, tiba tiba aku terpandang sesuatu diluar tingkap. Aku ternampak kepala orang yang sedang memerhatikan. Rambutnya putih, kusut masai keparas bahu, mukanya hodoh, terkopek kopek dan berdarah. Matanya sayu termasuk kedalam. Akau benar benar terpukau. Mataku tidak berkelip memandangnya. Darahku berderau, naik ke muka, jantungku berdebar debar. Bulu romaku berdiri tegak dan tubuhku terasa seram sejuk.
Mulutku seolah olah terkunci untuk berkata kata. Hatiku merayu…
”Ya allah. Kau selamatkan lah hamba Mu yang lemah ini.” Tiba tiba seorang pesakit menekan butang untuk memanggil jururawat kerana ingin membuang air. Apabila jururawat itu datang, lembaga itu tetap ada disitu. Aku cukup hairan, mengapa jururawat itu tidak nampak lembaga itu sedangkan ia benar benar berada dihadapannya.
Lama kelamaan, lembaga yang tidak berbadan itu perlahan lahan naik keatas dan terus menghilang menembusi siling. Aku yang sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya terpaksa ditahan sehari lagi kerana demamku terlalu kuat dan suhu badanku naik terlalu tinggi. Kini, segala-galanya telah pun berlalu. Kini, segalanya telah pun berlalu. Namun, peristiwa seram itu tetap terpahat dalam ingatanku dan tidak mungkin aku dapat melupankannya.


Di ganggu Syaitan

Di ganggu Syaitan


HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit. Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah. Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

“Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula,” pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah. “Insya-Allah,” jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah.

Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya. Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan. “Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut. “Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”


Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya. Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka.

Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang. Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya.

Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya. Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika. Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya.

wajah-wajah syaitanPunggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi. Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan. Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan.

Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat. Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala. Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah. Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam. Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan.

Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin. Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.

Suara memanggil dicelahan pokok

Suara memanggil dicelahan pokok


Cerita ini berkisar tentang sekumpulan anak muda yang besuti disebuah pusat peranginan. Kumpulan yang melibatkan tiga orang lelaki dan dua orang wanita itu mengambil keputusan bercuti setelah sekian lama memerah tenaga bekerja tanpa henti. Selain berehat, mereka juga mahu bermain di taman tema yang terdapat disitu. Setelah sampai disana, kumpulan tersebut pun mengambil keputusan berpecah. Masing masing berpasangan.

Ada yang terus ke tempat permainan dan ada pula yang mengambil keputusan untuk mengisi perut.Lily dan May, antara ahli kumpulan tersebut adalah diantara mereka yang mengambil keputusan untuk terus bermain. Sudah tidak sabar sabar lagi rasa hati mereka untuk merasai setiap permainan ditaman tema tersebut. Bukannya apa, selama ini mereka hanya mendengar cerita cerita orang sahaja. Kini tibalah masa untuk merasainya pula. Setelah penat bergembira dan menghabiskan tenaga, sebahagian dari anggota kumpulan ini pun mengambil keputusan balik ke bilik hotel untuk berehat.

Suara memanggil dicelahan pokok
Namun begitu, Lily dan May seperti tidak puas. Mereka tetap juga bermain. Setelah taman tema itu hendak ditutup, barulah mereka berganjak dari situ. Sewaktu mereka berdua keluar dari taman tema tersebut jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Disebabkan masih ada lagi orang diluar taman tema tersebut, maka Lily dan May juga mengambil keputusan berbuat sedemikian. Mereka pun mengelilingi kawasan luar taman sambil menyedut udara tengah malam.

Apabila letih, mereka akan berhenti minum. Apabila merasakan kaki sudah lenguh dan mata pulak sudah mengantuk, Lily dan May mengambil keputusan untuk balik ke bilik hotel. Didalam perjalanan pulang kehotel, pasangan kawan karib ini terpaksa melalui sebatang jalan yang sunyi. Ditepi jalan tersebut terdapat sebatang pokok. Pada waktu siang pokok tersebut seperti pokok pokok biasa. Namun apabila malam menjelang, terasa ngeri apabila melihat pokok tersebut. Apabila mereka melintasi pokok itu, tiba tiba sahaja mereka terdengar seperti suara memanggil nama mereka.

Siapa pula yang tiba tiba sahaja memanggil itu. Setahu mereka, tidak ada seorang pun yang mereka kenali disini. Kecualilah jika kawan kawan lain yang datang bersama tiba tiba mengambil keputusan mengenakan mereka berdua. Lily dan May mengelilingi pokok tersebut untuk mengetahui sama adaterdapat kawan kawan mereka menyorok disebalik pokok. Puas keliling tetapi seorang pun mereka tidak berjumpa. Penat memusing dan setelah pasti tidak ada orang yang mengacau, Lily dan May membuat keputusan meneruskan perjalanan. Namun begitu, didalam hati mereka merasa takut.

Tiba tiba, nama mereka dipanggil semula. Ini membuatkan Lily dan May berpaling semula melihat pokok tersebut. Apabila sahaja mereka berpaling, tiba tiba sesuatu yang tidak disangka sangka berlaku.

Mereka seperti tidak percaya apabila melihat apa yang berada dicelah celah dahan pokok tersebut. Kelihatan beberapa dozen kepala seperti sedang bergayut didahan dahan pokok. Apa yang lebih mengejutkan ialah kepala kepala tersebut berlumuran darah dan keadaan wajah kepala tersebut mengerikan. Mata tersembul keluar dan dan mulut berlumuran darah.

Dalam keadaan sedemikian, suara yang memanggil nama Lily dan May seperti semakin kuat dan dekat dengan telinga mereka. Dalam keadaan terkejut dan ketakutan, kedua duannya berlari balik ke hotel. Sampai sahaja mereka disana, mereka terus menceritakan apa yang mereka alami kepada kawan kawan yang lain.

Terkejut kawan kawan apabila mendengarkan cerita tersebut. Berikutan dengan rasa takut dan terkejut, Kedua dua wanita ini jatuh sakit pada keesokan harinya. Lantaran itu mereka telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Akibatnya Lily dan May menjadi seorang yang amat penakut.

Uri anak saudara jadi tumpaun pontianak


Kisah Hantu Pontianak 

Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparkuku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan dihospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam.
Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia diwa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan. Jam didinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni penghuni lain dirumah sudah nyenyak dibuai mimpi.
Gambar hantu pontianak
Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa menmgantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur apabila ku lihat lembaga putih ditingkap dqapur-berjalan diudara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri.
Lagi pun, rumah kami ditingkat lima. Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi ditingkap dapur. Tiba tiba ia berhenti, lalu memandang kearahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak diatas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir dicelah celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.
Pontianak itu tiba tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu ditingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar cakar dinding ruangan tamu. Aku hairang kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap dirumahku. Oleh sebab itulah pontianak itu tudak boleh masuk. Aku de dapur lalu mengambil segelas air lalu kubacakan ayat Qursi.
Sesudah itu, aku renjiskan keseluruh penjuru rumah dan disemua tingkap. Akhirnya pontianak itu pergi jga dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi pagi lagi aku mengajak abangku perfi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku dihospital kemudian, diakatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti henti.
Mujur ayahku telah membekalkan surah surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam disitu mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak keberitahu sesiapapun.

Hantu Dalam Video Klip Achik


Penampakan Hantu Dalam Klip Video Achik Dan Nana


Video klip nie dah lama dah,mungkin dalam tahun 2008.Video klip ini adalah video klik duet diantara Allahyarham Achik dan juga Nana.Jika anda perasan dalam minute yang ke 0.40 saat,ada kelibat perempuan yang bersebelahan dengan Achik.Siapakah perempuan itu,adakah salah seorang daripada KRU video klip terbabit atau sebaliknya.
Anda saksilah sendir video di bawah ini…..

Penampakan Hantu Dalam Klip Video Achik Dan Nana


Infokinie- Kebenaran Video diatas tidak kami ketahui,penilaian dari anda sebagai pembaca adalah terpulang   pada diri anda sendiri.

Pengalaman Ngeri Seorang Pengali Kubur


Kisah Ahli Kubur


Pengalaman Ngeri Seorang Pengali Kubur

“Saya pegang nisan dikubur arwah abang Hamid yang baru saja kami kebumikan sebentar tadi. Fikiran saya berputar ligat. “Aii.. menung nampak? Kenapa?” tanya Bakar, kawan baik saya yang turut sama menjadi penggali kubur di Bakri, Muar, Johor.

“Tak ada apa-apa. Saja tengok kain ni, dah kotor sikit kena tanah,” saya berdalih, cuba menyembunyikan perkara yang berasak-asak datang ke kepala.
Mari pergi kat pondok… mandur nak jumpa. Dia nak cakap fasal kerja, gaji, overtime dll. Pak Dolah, kawan-kawan lain dah pergi dah,” tambah Bakar sambil memikul cangkul dan botol airnya.
“Pergilah dulu, nanti aku datang,” balas saya lantas duduk termenung.
Sepeninggalan Bakar, saya duduk di pinggir kubur Abang Hamid. Saya termenung. Ada satu perkara yang sedang menyucuk-nyucuk fikiran saya. Sebenarnya sudah lama ia bermain-main di benak tapi sekarang ini makin mendesak.
Orang ramai sudah balik, Munkar dan Nakir sudah datangkah menyoal Abang Hamid, hati saya bertanya. Kata orang, selepas tujuh langkah kita tinggalkan pusara, maka akan datanglah dua malaikat itu untuk menyoal si mati. Kalau bagus amalannya semasa hidup, berbahagialah. Tapi kalau bergelumang dengan kemungkaran, bersiap sedialah…
Saya teringat cerita kononnya ada orang yang menekap telinga ke kubur dan dengar bunyi dentuman tapak kaki di dalam. Konon cerita, lepas itu terdengar pula bunyi hentaman dan si mati menjerit-jerit.
Eee…. seramnya. Macam mana agaknya rupa Munkar dan Nakir. Besarkah badannya, garangkah rupanya atau berjubah dan maniskah wajahnya ? Kalau dibelasahnya kita, tentu sakitnya tak terperi. Kalau lipan, jengking datang habislah kita disepit. Nak lari tak boleh, nak mengadu tak boleh, kita seoranglah menanggung sakit pedih. Astaghfirullahal’azim…
Saya masih lagi duduk melangu di pinggir kubur Abang Hamid. Jiwa muda saya makin menggaru-garu. Kian lama saya termenung kian ia mengganas dan mengacau fikiran.
Pergi… pergi sekarang ! Johar, masa inilah kalau nak cuba . Kawan- kawan dah tak ada, cepat, ia berbisik di telinga saya.
Jari-jemari saya bergerak-gerak. Lutut dah mula menggeletar manakala kepala rasa berpusing. Saya beristighfar beberapa kali mententeramkan jiwa yang bergelora, namun bisikan itu makin kuat berkumandang di telinga.
Cepat, cepat, cepat ! Inilah masanya. Johar, apa engkau tunggu lagi ? ‘ Kan engkau nak tau sangat, jangan tercegat lagi. Kau takut ? Allah, bukannya kena tangkap, bukannya boleh mati …
Jadi bisu ? Sakit, lepas tu mereng sampai mati Jangan pedulilah, tu cerita orang saja. Entah ya entah tidak. Engkau orang muda, kuat semangat, apa nak takut. Cepat Johar, cepat, cepaaaaat!
Dimulai lafaz Bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak kematian sekali gus, taklah timbul masalah.
Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah, lailahaillallah, lailahaillallah…
Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.
Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pernah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.
Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.
Suara-suara aneh dari kubur itulah yang sebenarnya menggaru-garu jiwa saya untuk menyaksikan sendiri keadaan di alam barzakh. Bunyinya memang gila, mana boleh manusia hidup menyeberangi ke alam barzakh, tapi saya ingin juga merasainya.
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Saya terus meratib dan meratib hinggalah tiba-tiba dunia menjadi kelam dan sedetik kemudian bergema satu bunyi yang amat menakutkan.
GGRUUMMM… PPPRRAAAPPP!!
Tanah di kubur Abang Hamid tiba-tiba bergerak. Setelah itu satu lagi sisi tanah kuburnya berganjak diiringi bunyi yang amat menggerunkan.
“Ya Allaaaaahhh… apa yang berlaku ini ? ” saya menggeletar kerana bunyi itu datang dari dua arah dan saling rapat merapati. Air mata seperti hendak mengalir.
GGGRRRRUUUMMM…
Tanah di kubur Abang Hamid bergerak lagi saling himpit menghimpit. Saya menggigil mendengar bunyi itu yang dentumannya lebih dahsyat daripada tanah runtuh. Saya cuba menekup telinga kerana tidak tertahan dengan bunyi yang bingit itu, tapi tangan saya tiba-tiba kaku..
Ingin saja saya melompat dari kubur, pun demikian kaki bagai dipaku ke tanah, tak dapat bergerak akibat terlalu terkejut.
ARGGHKKK… ERRRKKKKKKK
Terdengar pula suara seorang lelaki mengerang. Suaranya laksana dia sedang menahan kesakitan yang amat sangat tapi seperti tersekat di kerongkong. Nafas saya sudah tidak tentu arah, takut yang amat sangat.
AARRKKK… UUURRRKKGGH!!!
Saya menggigil apabila dia mengerang-ngerang lagi. Perasaan simpati tak dapat dibendung. Ingin rasanya saya menarik lelaki itu keluar daripada terus dihimpit, tapi di sebelah saya cuma lapisan tanah yang tidak mampu ditembusi.
Saya masih lagi terbaring dengan nafas turun naik apabila tiba-tiba… PPPR-RRAAPPPPP!!!… bunyi papan patah berderai.
PRRAAKK… TTAAPP… PRRAAPP!
Kepingan demi kepingan papan tersebut patah hingga hancur berkecai lalu disudahi dengan suara lelaki tersebut mengeruh. Serentak itu, kedengaran pula tulang-temulang patah !
Air mata saya meleleh. Di ketika ini hati saya berkata, mungkin inilah yang Nabi maksudkan bahawa tanah dan dinding kubur akan menghimpit tubuh orang-orang yang mengkufuri Allah hingga berselisih tulang selangkanya. Aduh, tidak terbayang peri sakitnya lelaki yang sedang mengerang itu. Jantung saya bagai hendak tercabut dan darah terasa kering apabila mendengar dia mengerang-ngerang dan tulang-temulangnya patah berderap-derap.
Di saat saya terbungkam dengan apa yang berlaku, tiba-tiba satu deruan angin yang amat dahsyat datang menerpa. Desingannya menyakitkan telinga. Seiring dengan ribut taufan itu juga, hadir sesuatu berwarna hitam seperti asap, makin lama makin membesar lalu membentuk lembaga hitam yang teramat besar. Di tangannya tergenggam sebatang besi yang sedang membara, merah menyala.
Tiba-tiba lembaga itu menghayun besi tersebut. Pantas saya menepis, namun sebaik besi itu menyentuh lengan, saya menjerit kesakitan. Aduh, panasnya menyebabkan kulit tangan saya ini bagai tersiat dan dagingnya masak.
“ARGGGHHHH” Jangan pukul aku lagiiiii!!!” saya meraung apabila lembaga itu memukul kaki saya.
Saya cuba mengelak, tapi pukulan itu tetap singgah ke sasaran. Bagai hendak tercabut anak tekak saya menjerit kerana kehangatan besi itu membakar daging paha saya.
“Arrgghhh… sakit, sakiiittt!!” saya meraung-raung, tapi lembaga hitam besar hingga sayup mata memandang itu terus menghayunkan besi panasnya ke kepala, kaki, tangan, badan dan perut saya.
Dalam pada itu, tanah di kubur sebelah terus-terusan bergerak himpit menghimpit. Bumi tempat saya berpijak bergegar hebat laksana dilanda gempa.
Suara lelaki mengerang dan tulang-temulangnya patah berderap bagai dahan sekah, tetap kedengaran. Dalam hati saya meraung, matilah aku kejap lagi, patahlah tulang aku, renyuklah badan aku dibelasah dengan besi panas.
Saya menjerit, menepis, mengelak hinggalah tiba-tiba saya terasa sesuatu yang amat sejuk menyimbah ke tubuh saya. Serentak itu lembaga hitam hilang entah ke mana dan bunyi bumi bergegar serta lelaki mengerang lenyap serta-merta. Suasana terasa hening.
“Johar… Johar !! ” sayup-sayup nama saya dipanggil.
Dengan susah payah, saya membuka mata. Tapi saya tidak larat, badan terlalu letih. Wajah seseorang berbalam-balam di mata.
“Johar… bangun, bangun!” nama saya dipanggil lagi, badan digoncang-goncang.
Saya buka mata sedikit. Ooo… rupa-rupanya Bakar. Bersama-sama Pak Dollah, mereka mengangkat saya keluar dari kubur.
Selepas diberi air, badan dikipas, barulah saya segar semula. Bakar beritahu, selepas menunggu lama di pondok, dia dan Pak Dollah serta mandur mencari saya untuk membayar wang kerja lebih masa. Lama mencari, akhirnya dia jumpa saya di dalam kubur sedang bersilat seorang diri.
“Engkau menepis sana , mengelak sini. Habis tanah kubur tu engkau tumbuk.. Aku ambil air. Aku simbahlah,” kata Bakar sambil menunjukkan baldi yang digunakannya lalu disambut gelak tawa kawan-kawan.
Saya hanya tersenyum tawar. Tak terdaya saya hendak ceritakan apa yang telah berlaku sebentar tadi, bimbang mereka tidak percaya.
Selepas kejadian itu saya terlantar selama beberapa bulan akibat badan penuh dengan lebam-lebam. Mungkin lebam akibat menumbuk dan menendang tanah, mungkin juga akibat pukulan besi panas itu. Saya juga dibawa berjumpa bomoh untuk memulihkan semangat.
Keluarga dan kawan-kawan menggeleng kepala dengar cerita saya. Mereka berebut-rebut menyuruh saya menceritakan pengalaman menakutkan itu. Ada yang insaf, ada juga yang mengatakan semua itu karut, mainan syaitan, mimpi dan igauan semata-mata.
Lantaklah apa kata mereka, tapi saya puas hati. Akhirnya saya telah saksikan sendiri seksaan di dalam kubur. Sama ada apa yang dilihat itu adalah keadaan yang sebenarnya berlaku di alam barzakh atau hanya mimpi semata-mata akibat terlelap semasa meratib, itu saya tidak kisah.
Yang penting keinginan untuk menjengah alam itu telah tertunai.
Peristiwa pada pertengahan 1970-an itu telah memberi keinsafan yang benar-benar mendalam di hati saya. Sesungguhnya janji ALLAH itu benar…MATI itu benar…SYURGA – NERAKA itu benar….dan…azab kubur …itu juga benarrrr….. Semoga ALLAH terima segala amalan kita dan mengampuni dosa-dosa kita…. AMIN YA RABBAL A’LAMIN