.
.
Home » » Mafia Akhirnya Tersungkur

Mafia Akhirnya Tersungkur

Sorotan dari berita 9 penjenayah yang melarikan diri dari tahanan tempoh hari. Bukit Mertajam:

Joe mafia

joe mafia jenayah


Selepas empat hari diburu, perancang kejadian tujuh penjenayah yang meloloskan diri daripada kawalan polis pada Isnin lalu, Mohd Fairuz Adam, 31, atau Joe Mafia dan rakannya, Mohd Noor Mohd Mustafa, 28, atau Boy, maut ditembak polis di Padang Ibu, dekat sini, selepas diekori lebih tiga kilometer, semalam.

Walaupun berjaya melepasi sempadan Daerah Seberang Prai Utara (SPU) yang menjadi tumpuan operasi dan memasuki Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), sekatan polis menyebabkan suspek tidak dapat keluar dari Pulau Pinang. Kira-kira jam 12.30 tengah hari, kelibat suspek dan rakannya dikesan menaiki Proton Perdana dipercayai dicuri dekat Kubang Semang sebelum diekori sebuah kereta dinaiki anggota polis dari pasukan khas yang ditubuhkan bagi memburu suspek dan rakannya.

Menyedari diekori polis, suspek menghimpit kenderaan pasukan keselamatan berkenaan sebelum memecut ke arah Padang Ibu. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis mengejar kereta suspek hingga Padang Ibu sebelum kereta suspek terbabas ketika memasuki laluan bersebelahan tali air.

Mohd Fairuz Adam(joe mafia) di tembak semasa berbalas tembakan dengan pihak polis,manakala Mohd Noor pula di tembak semasa cuba terjun ke tali air untuk melepaskan diri dari pihak polis. -hmetro.com.my

Infokini;- "sebelum penjenayah terbabit iaitu mohd noor ditembak,beliau dipercayai telah menelefon isterinya sebanyak 2 kali dan bertanyakan khabar tentang dua anaknya.Beliau dipercayai sangat menyayangi dua anaknya itu."

0 comments:

Post a Comment