.
.
Home » » Ngeri! Tragedi Berdarah Konvoi Motor ‘Besar’

Ngeri! Tragedi Berdarah Konvoi Motor ‘Besar’

Ngeri! Tragedi Berdarah Konvoi Motor ‘Besar’ | Aktiviti berkonvoi merupakan salah satu aktiviti yang sering dianjurkan oleh persatuan-persatuan yang mewakili sesebuah kenderaan seperti kereta mahupun motosikal. Namun begitu, aspek keselamatan perlulah diutamakan lebih-lebih lagi melibatkan orang ramai. Namun begitu, nasib tidak menyebelahi pasukan konvoi motosikal berkuasa tinggi ini apabila mengalami kemalangan jalan raya yang mengakibatkan seorang maut.

kemalangan ngeri 2013

kemalangan ngeri 2013

kemalangan ngeri 2013

kemalangan ngeri 2013



Seorang maut manakala enam lagi parah dalam kemalangan membabitkan konvoi 12 motosikal berkuasa tinggi dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 13.6 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) sebelum susur Subang Jaya di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Ishak Jaafar, 53, ahli Kelab Kota Tinggi Bikers manakala isteri mangsa yang cedera parah, kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Antara mangsa yang cedera parah ialah Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, Johor, Asisten Superintendan Kamardin Yusof yang sedang bercuti.
Difahamkan, Kamardin bersama konvoi kelab motosikal berkuasa tinggi itu dalam perjalanan ke Phuket, Thailand, dan beliau patah tangan kanan.
Menurut sumber polis trafik, kemalangan berlaku apabila kenderaan SUV jenis Honda CRV yang berada di laluan tengah lebuh raya berkenaan, menukar laluan secara tiba-tiba.
Sumber:hmetro

0 comments:

Post a Comment