.
.

Jerung Terbesar Abad Ini: Saiznya Mampu Menelan Berpuluh-Puluh Orang Sekaligus



Assalamualaikum




Sejenak pagi ni biar kita saksikan seekor jerung gergasi species paus pernah di temui di Pakistan pada 2012. Dengan kepanjangan melebihi 40 kaki rasanya tak mustahil untuk menelan berpuluh-puluh orang sekaligus.




Ikan Di Tangkap Oleh Nelayan Biasa

Kagum jugak bila sumber bagitau ikan sebesar ini sebenarnya di tangkap oleh sekumpulan nelayan kecil  di  Karachi.  Rupa-rupanya mereka menangkap ikan ini ketika di temui hampir-hampir mati terdampar di pantai. 



Ikan jerung ini kemudiannya mati dan di jual dengan harga 17,500 Dollar. Punca kematian sebenar memang tidak dapat di ketahui.


Ikan jerung ni memang species gergasi? Atau sebenarnya hidupan yang telah hidup beratus-ratus tahun lamanya di dalam air? 
Memang tak mustahillah kalau wujud anak-beranak ikan jerung sebesar ini juga. Yang berada jauh di dasar laut. Takkan tetiba seekor jerung besar ni mengalami kecelaruan genetik berbanding keluarga yang lain-lain pulak kan? 


credit photo to: www.csmonitor.com


#Sungguh pun ikan jerung ni besar, rasanya 'manusia jerung' lagi bahaya~



sumber : http://senyumtanpagedik.blogspot.com

Giler! Sudah Ada 93 Anak Tapi Nak Tambah Lagi!

Seorang lelaki Emiriah yang mendakwa mempunyai 93 anak hasil perkahwinannya dengan wanita dari hampir separuh dunia akan memperoleh seorang lagi anak tidak lama lagi.


Mohammed Daad Murad yang lebih dikenali sebagai Abu Faisal atau Bid Daad berkata, dia juga akan berkahwin lagi dalam masa terdekat ini.

Abu Faisal berkata, dia melangsungkan perkahwinan pertamanya pada 1969 dan mula menambah isteri selepas itu dengan hasrat untuk memiliki lebih ramai anak.

Penduduk Sharjah yang berusia 67 tahun itu memberitahu sebuah stesen televisyen, semua wanita yang dikahwininya tidak melebihi usia 20 tahun. “Saya sudah berkahwin dengan wanita hampir dari separuh dunia dan kini mempunyai 93 anak. Kami menjangka seorang lagi anak akan dilahirkan dalam masa dua bulan lagi.

“Saya berhenti berkahwin sejak tujuh tahun lalu dan merancang untuk berkahwin lagi bulan depan. Isteri yang enggan melahirkan anak saya lagi dipaksa ‘bersara.’ Ini bermakna saya menceraikan mereka dan memberikan sebuah rumah untuk mereka,” katanya.

Menurut Abu Faisal, anak bongsunya ketika ini berusia lapan bulan.

“Saya masih inginkan lebih ramai lagi anak,” katanya.

Dia tidak menjelaskan kewarganegaraan isterinya atau menyatakan sama ada dia ingat nama mereka.

-Hmetro

10 Haiwan Cantik Paling Berbahaya Dalam Dunia

Haiwan merupakan antara organisma hidup yang sukar untuk diramal. Sekalipun ada yang kelihatan nampak comel dan cantik, tapi hati-hati kerana mungkin ada sebahagian mampu membunuh anda. Haiwan yang disenaraikan di bawah ini merupakan haiwan yang pernah menjadikan manusia sebagai mangsa nya, dan anda mungkin akan lebih terkejut dengan apa lagi yang mampu dilakukan oleh haiwan ini.

1. Ular Boomslang

Merupakan sejenis ular yang boleh dijumpai di hampir keseluruhan benua Afrika. Kenapa paling berbahaya? Saiz taring nya yang lebih besar berbanding ular lain menjadikannya ular yang paling berbahaya. Ditambah lagi dengan keupayaan nya untuk melihat sebaik mata manusia, (ular lain rabun sket) ular Boomslang ini mempunyai Hemotoxin yang boleh membunuh dalam masa hanya beberapa jam sahaja. Jika dipatuk, semua rongga berlubang atau sebarang bukaan yang ada pada manusia, akan mengeluarkan darah! Ngerinya..


2. Siput Cone
 
Nampak macam tak bahaya langsung kan? Dengan corak cangkerangnya yang cantik, siput ini mampu memperdayakan sesiapa sahaja. Senjata berbahaya bagi siput ini ialah sesungutnya yang mengandungi Neurotoxin yang mampu untuk melumpuhkan seorang manusia dewasa. Kemudian perlahan-lahan badan akan mula shut down, dan kesukaran untuk bernafas sehingga membawa kepada kematian. Rawatan bagi toksin yang dihasilkan oleh siput ini hanyalah dengan pemindahan darah bagi menggantikan darah yang sudah tercemar!


3. Hippopotamus a.k.a Badak Air
 
 Hippo selalu dianggap sebagai haiwan yang nampak lucu, kiut, tenang dan perlahan. Namun haiwan besar seberat 9000 pound ini juga merupakan haiwan yang sangat menjaga kawasannya. Dilaporkan setiap tahun, bilangan manusia yang mati disebabkan oleh badak air adalah jauh lebih ramai daripada jumlah yang mati disebabkan serangan haiwan Afrika keseluruhannya!


4. Katak Dart Beracun
Katak ini memang dikenali kerana warnanya yang cantik dan menarik, tertarik, kau memang da bomb. Katak ini berbahaya kerana kulit nya yang beracun. Beberapa puak asli menjadikan bisa katak ini sebagai bahan tambahan kepada anak panah bagi memburu binatang di dalam hutan. Bisa katak ini sekalipun tidak dapat membunuh manusia pada masa itu juga, namun boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Bisa katak ini juga mampu menyerap ke dalam kulit manusia, dan lebih membahayakan bila terkena pada luka yang besar. Jenis katak dart beracun ini yang paling bahaya adalah Katak Dart Emas yang dikatakan mampu menyerap apa sahaja.


5. Ular Laut Perut Kuning
 
Ular laut ini juga merupakan antara ular yang paling cantik di dunia. Dengan warna kuning nya yang kontra dengan warna hitam bahagian atas, ular ini memiliki bisa yang sehebat seekor Cobra a.k.a Ular Tedung. Namun lebih menakutkan ialah, bisa yang dimiliki ular ini lebih pekat dan lebih bertoksik. Dikatakan juga setitik bisa ular ini mampu membunuh 3 lelaki dewasa!


6.  Sotong Kurita Cincin Biru
 
Haiwan ini selalunya akan membuatkan  penyelam-penyelam baru akan tertipu dengan keindahan warnanya. Apa yang berbisanya sotong ini? Sotong ini mengandungi bisa seperti tetrodotoxin, 5-hydroxytryptamine, hyaluronidase, tyramine, histamine, tryptamine, octopamine, taurine, acetylcholine, dan dopamine! Disebabkan tiada antivenom bagi haiwan ini, maka rawatan terbaik bagi mangsa yang terkena sengatan haiwan ini adalah CPR!


7.  Burung Hooded Pitohui
Pitohui merupakan satu-satu nya jenis kumpulan burung yang berbisa. Juga dikenali dengan nama "The Flying Venom".  Dari mana datang bisanya? Bisa burung ini datang daripada kulit dan juga bulu pelepah nya. Juga dikatakan bisa yang terdapat pada burung Pitohui ini merupakan bisa yang paling merbahaya kepada manusia. Bagi bisa biasa, seekor tikus mengambil masa selama beberapa minit untuk mati. Namun bisa burung Pitohui ini mampu membunuh seekor tikus dalam masa hanya beberapa saat!


8.  Kala Jengking Death Stalker
 
Walaupun nampak cantik dengan warna kuning yang hampir transparent, bisa kala jengking ini sangatlah memudaratkan. Kala jengking yang suka tinggal di kawasan berpasir ini juga mampu membuatkan manusia yang terkena sengatannya, sukar untuk bernafas. Racun bisa yang ada pada kala jengking mampu memberikan kesan dahsyat kepada mangsa nya sehingga boleh membawa kematian.


9.  Ikan Buntal
 
Walaupun nampak lucu dan kiut sket-sket, tapi ikan buntal sebenarnya lebih membahayakan manusia selepas kematiannya berbanding semasa ikan itu hidup. Di beberapa tempat, hidangan ikan buntal merupakan hidangan istimewa yang menjadi idaman. Namun, Saxitoxin dan Tetrodotoxin yang terkandung dalam ikan ini, mampu membunuh manusia sekelip mata dengan menyekat saluran pernafasan.!


10. Lanomia a.k.a Ulat Beluncas Pembunuh Upahan
Sekalipun nampak kecil, namun ulat beluncas ini telah mengakibatkan banyak kematian. Dengan tubuh kecilnya, ulat ini mampu menyebabkan mangsa nya mengalami pendarahan selain daripada menghalang daripada darah untuk membeku. Ulat beluncas ini juga menghasilkan 'darah lebam' yang sebenarnya sudah rosak dan tidak dapat berfungsi dengan baik lagi. Selain darah, bisa haiwan ini turut menyerang sel manusia, serta membunuh platlet darah. Pendarahan dalaman akan berakhir dengan pendarahan luaran di seluruh organ badan mangsa! Banyak terdapat di Brazil..



credit : http://busuk.org/ping/view/527747

PELIK Bayi Dua Muka Di Lahirkan

RAWALPINDI: Seorang bayi dengan dua muka dilahirkan di Holy Family Hospital (HFH) Khamis lalu.Bayi itu yang seberat 3.2 kilogram, menghidap keadaan yang jarang berlaku yang dikenali sebagai salinan kraniofacial iaitu satu kepala dengan dua muka.Kecuali telinga, bayi itu memiliki dua hidung, dua pasang bibir dengan sumbing pada bahagian atas bibir kanan dan dua pasang mata.
Bercakap kepada akhbar The nation, pakar perubatan di HFH, Dr Nasira berkata, kemungkinan bayi itu untuk hidup lebih lama adalah terlalu tipis.

“Kami tidak menaruh harapan mengenai hayatnya,” katanya.Menurut Nasira, keadaan bayi itu tidak sama seperti kembar siam yang boleh dipisahkan menerusi pembedahan.
“Pembedahan tidak mungkin dapat dilakukan kerana kedua-dua mukanya bercantum begitu rapat,” kata pakar itu.Nasira berkata, bayi itu dilahirkan menerusi proses biasa dan si ibu masih berada di bilik bersalin untuk menjalani rawatan.


Menurut doktor bertugas di Bilik Bersalin, keadaan ibu bayi itu, Shahida Perven stabil. Dia bagaimanapun kelihatan bimbang dan tidak banyak bercakap.Shahida dibawa ke HFH dari Palandri, sebuah daerah di Azad Jammu dan Kashmir (AJK) beberapa hari sebelum melahirkan bayi dua muka itu.

Wanita itu mempunyai dua anak yang normal sebelum ini.Suaminya, Khalil Ahmed bekerja sebagai buruh.Kelahiran bayi dengan dua muka itu mencetuskan sensasi di bandar berkenaan menyebabkan sejumlah besar penduduk, termasuk wanita, kanak-kanak dan orang tua bekerumun di Jabatan Kanak-Kanak untuk melihatnya.

Kesesakan yang berlaku menyebabkan pihak hospital terpaksa meminta bantuan polis bagi mengawal orang ramai. - Agensi





Bayi dua muka dilahirkan di HFH






credit : http://busuk.org/ping/view/23361







Berkahwin Dengan Mayat

Berkahwin Dengan Mayat

Seorang lelaki di Thailand sanggup mengahwini mayat kekasihnya yang tidak sempat dia kahwini kerana kesibukan kerja. Satu peringatan kepada kita semua. Upacara Kahwin Dengan Mayat Cantik | Satu majlis pahit manis yang diadakan baru-baru ini menandakan permulaan dan perpisahan sepasang kekasih yang sudah sekian lama bercinta.

Dalam kisah cinta yang memilukan dan juga aneh, seorang lelaki Thai menganjurkan upacara pengebumian dan juga perkahwinan serentak untuk teman wanitanya yang mati mengejut sebelum mereka dapat berkahwin secara rasmi. Lelaki berkenaan ialah Chadil Deffy yang juga dikenali sebagai Deff Yingyuen, pengarah sebuah stesen televisyen di timur laut Thailand.

berkahwin dengan mayat

berkahwin dengan mayat


Sepanjang 10 tahun lalu, dia hanya memberi tumpuan terhadap hasrat untuk menyambung pelajaran dan kariernya selepas menamatkan pelajaran di Universiti Timur Asia, tempat dia berkenalan dengan Sarinya ‘Anne’ Kamsook. Selepas jatuh cinta di universiti itu dan tinggal bersama selama 10 tahun, Anne memutuskan untuk berkahwin. Namun, hasratnya tertunda kerana Deff mahu memastikan kariernya kukuh dulu tetapi berjanji untuk mengahwini kekasihnya itu.

Tetapi Anne mati pada 3 Januari selepas terbabit dalam kemalangan. Deff yang kesal kerana tidak sempat untuk menunaikan janji, akhirnya mengambil keputusan berkahwin pada hari pengebumian Anne, kelmarin. Anggota keluarga dan rakan dijemput menerusi Facebook untuk menghadiri majlis perkahwinan dan sekali gus upacara pengebumian di sebuah kuil di Surin.

Dengan berpakaian tuxedo pada majlis itu, Deff yang kelihatan sedih, menyarungkan cincin pada jari mayat Anne selepas dikahwinkan oleh seorang sami baru, yang mengikut tradisi penganut Buddha Thai, boleh menjamin perkahwinan yang berkekalan. Pada majlis itu, mayat Anne dipakaikan dengan pakaian serba putih dan diletakkan diatas papan. Selepas menyarungkan cincin, Deff mencium tangan dan dahi pengantin perempuan, disaksikan oleh anggota keluarga. – Agensi

InfoKinie-Kerna terlalu sayangkan bekas kekasih yang meninggal,lelaki ini sanggup berkahwin dengan mayat bekas kekasihnya.Anda bagaimana,adakah anda sanggup?

Kebenaran Banjir Zaman Nabi Nuh Sampai Ke Nusantara

Kisah Nabi nuh


Banjir besar dunia (Bencana Nuh), berdasarkan penemuan-penemuan geologi dianggarkan terjadi sekitar tahun 11,000 SM atau 13,000 tahun yang lalu. 

Bencana Nuh ini juga melanda Nusantara. Hal ini boleh kita buktikan, dengan penemuan, ikan spesifik yang bernama ikan belido, di dua pulau yang berbeza, iaitu Sumatera (sungai musi) dan Kalimantan (sungai kapuas).

Dikatakan, Pulau Sumatera dan Kalimantan, dahulunya bersatu, dimana sungai musi dan sungai kapuas, merupakan anak sungai, dari sebuah sungai, yang pada masa ini berada di dasar laut Selat Malaka. (sumber : Banjir di Zaman Nabi Nuh dan Forum Diskusi Banjir Nuh)

Berdasarkan ilmu Geografi, Pulau Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Jazirah Malaka dipisahkan oleh laut yang cetek. Dikatakan sebelum terjadi bencana Nuh, pulau-pulau itu berada dalam satu daratan, yang disebut Pentas Sunda (Sunda Plat).

Beberapa ilmuwan, diantaranya Profesor Aryso Santos dari Brasil, menduga Pentas Sunda ini, dahulunya merupakan benua Atlantis, seperti disebut-sebut Plato di dalam bukunya Timeus dan Critias.

Peradaban Tinggi Masa Lalu

Berdasarkan kepada penemuan naskah kuno di dalam Piramid Besar Cheops, yang mengatakan piramid dibina ‘pada waktu gugusan bintang Lyra berada di rasi Cancer’. Menurut sejarawan, Abu Said El Balchi, peristiwa tersebut terjadi sekitar 73,300 tahun yang lalu.

Kemajuan teknologi di masa lalu, juga boleh dilihat dari kecanggihan, kapal yang dibuat Nabi Nuh bersama pengikutnya, sekitar 11,000 SM (13,000 tahun yang lalu).

Mari kita sekadar memikirkan:

1. Kapal ini boleh memuatkan ribuan bahkan mungkin ratusan ribu pasang haiwan, yang kelak menjadi nenek moyang haiwan masa kini

2. Masing-masing haiwan mesti ditempatkan sesuai dengan habitatnya. Unta harus di tempat yang panas. Pinguin harus di daerah sejuk. Belum lagi buat binatang-binatang kecil seperti semut, kutu, jangkrik, dll. Semuanya mesti disiapkan tempat khusus. Jika tidak, jelas binatang-binatang kecil itu boleh terinjak-injak oleh binatang-binatang lainnya.
3. Untuk pelayaran berminggu-minggu jelas diperlukan gudang makanan yang besar dan canggih. Kalau tidak, mungkin semua tikus dimakan ular, akibatnya tikus menjadi pupus. Belum lagi makanan untuk harimau, singa dan buaya. Untuk lembu, kambing dan kuda juga harus disiapkan rumput segar.

4. Tempat makanan juga mesti bersih, sebab kalau sampai haiwan itu sakit lalu mati, haiwan tersebut akan menjadi pupus. Mungkin kita tidak akan pernah melihat lagi di masa sekarang jika di masa itu telah pupus.

5. Kapal tersebut juga dirancang agar tahan terhadap terjahan ombak dan air banjir, yang mungkin 1000x lebih hebat dari tsunami. Dan mesti menahan beban ribuan haiwan.

Di dalam Al Qur’an diceritakan, gelombang air ketika itu laksana gunung, sebagaimana firman-Nya :

”Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung…” (QS. Hud (11) ayat 42-43).

Bahkan berdasarkan pendapat, salah seorang cendikiawan Muslim, Ustadz Nazwar Syamsu, dalam Buku Serial “Tauhid dan Logika“, bencana Nuh ini, telah mengakibatkan bergesernya kutub utara bumi, dari Makkah kepada posisinya yang sekarang.

Dengan memperhatikan, betapa dahsyatnya teknologi Bahtera Nuh ini, rasanya sukar bagi kita untuk mempercayai penemuan Ekspedisi “Noah’s Ark Ministries International” (NAMI) dari Hongkong, yang mengatakan telah menemui ”The Great Noah Ark”, di gunung Arafat Turki, pada ketinggian 4,000 meter, sekitar bulan April 2010.

Hakikatnya, Kapal Nabi Nuh AS merupakan kapal tercanggih yang pernah dibuat umat manusia. Dan sehingga sekarang ini, masih menjadi misteri.