.
.

Remaja Syahid Di Jalan Allah

Kisah Remaja Syahid Di Jalan Allah

Ini adsalah kisah benar yang telah diterima oleh geng laman web ohislam.com.Semoga menjadi pengajaran yang berguna kepada kita semua.Amin...

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun.

pelajar sabah yang syahid
Gambar Sebenar Allayarham
Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir. Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).
pelajar sabah yang syahid


pelajar sabah yang syahid

pelajar sabah yang syahid
   

Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya.

Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati. Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t. Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak.

Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam.

Masjid dan surau kosong tiada jemaah. Ketika selepas solat Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.-ohislam.com 

Infokinie: Semoga Allahyarham di tempatkan ke syurga seperti yang telah di janjikan-NYA.Amin..

Mampukah Manusia Mencipta Emas

Mampukah Manusia Mencipta Emas?

emas tulen

Tokyo Imperial University, March 1924. Di dalam experiment awal nuklear, saintis meletakkan 150,000 volt eletrik kepada mercury isotope disaluti berlayer-layer paraffin oil, selama 4jam. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan proton hydrogen daripada nucleus mercury tersebut sekaligus menghasilkan element baru iaitu EMAS. Experiment ini berjaya. Professor Nagaoka telah menyelesaikan misteri yang menghantui para saintis selama beratus-ratus tahun, iaitu misteri Philosopher Stone.

Philosopher Stone, mengikut lagenda adalah sebuah batu yang MAGIC lah kononnya mampu menukarkan besi-besi biasa menjadi emas. Melalui experiment ini, perkara magic atau keajaiban itu ternyata tidak wujud. Ia boleh diterangkan secara saintifik. Sebelum Nagaoka berjaya menjalan experiment ini, saintis-saintis di seluruh dunia berpendapat bahawa perkara ini adalah mustahil. Rahsia untuk mengorek kajian ini ada pada bintang-bintang di angkasa. Bila kita tengok, bagaimana Emas terjadi secara semulajadi, adalah hasil daripada reaksi nuklear daripada matahari, bila terjadi letupan supernova, maka reaksi nuklear tadi tersebar ke seluruh angkasa. Oleh kerana kemampuan manusia pada masa kini berjaya untuk mengawal reaksi nuklear, maka manusia mampu untuk mencipta emas daripada elemen yang lain.

Di University of California, Irvine, Dr Aj Shakar menjalankan experiment ini tiap-tiap hari. Menurut beliau, untuk menukarkan mercury kepada emas, ia mengambil masa selama 23 jam. Ironik nya, dengan process ini, manusia tidak mampu untuk menjadi kaya. Kenapa? Dengan menggunakan tenaga di dalam sebuah makmal, process ini sekurang-kurangnya bernilai $200 satu jam, manakala hasil emas yang di buat selama 23 jam tadi hanyalah bernilai sebanyak 23sen. Walaupun cara ini tidak efisyen, namun ia nya sudah cukup untuk membuktikan bahawa teknologi untuk menukarkan besi lain kepada emas sememangnya wujud.

Mungkinkah teknologi yang lebih canggih daripada ini wujud beribu-ribu tahun dahulu? Mungkin pernah, di Mesir Purba. Satu lagi tempat, di mana Emas sentiasa dikaitkan dengan tuhan. Idea emas adalah harta suci tuhan sangat di praktik kan dalam mesir purba ini. Emas diibaratkan darah daging kepada tuhan mereka. Oleh itu, besar kemungkinan mesir adalah tempat di mana kuantiti emas paling banyak di dunia. Kenapa mesir purba menganggap elemen ini bukan berasal daripada bumi? Menurut teori, ia nya tidak mustahil bahawa masyarakat mesir mampu untuk mencipta emas seperti mana yang manusia pada zaman kita ini buat.

Process mutasi kimia ini selalunya di lakukan di dalam makmal yang mempunyai nuklear reaktor. Mungkinkah sejumlah emas yang banyak, mampu dicipta dengan menggunakan reaktor yang jauh lebih besar? Yang lebih besar, mungkin saiz seperti Pyramid di giza.

Banyak saintis berpendapat bahawa Pyramid di giza seolah-olah sebuah mesin dan seperti sebuah reaksi kimia pernah berlaku di DALAM pyramid tersebut. Its possible.

Jika dilihat komplek binaan dalam pyramid, dengan menggunakan akal dan fikiran, sudah tentu pyramid ini tidak digunakan sekadar untuk makam firaun sahaja. Ketepatan ukuran, jumlah batu, jenis batu seperti granite yang hanya ada lebih kurang 1500 kilometre jauh dari tapak pyramid hanya sekadar untuk membina sebuah makam adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Keunikan-keunikan seperti inilah sebenarnya yang menambah suspicious kepada binaan pyramid ini.

Ia di bina seolah-olah sebagai sebuah mesin, mungkin juga ia berfungsi sebagai sebuah mesin. Mungkinkah Pyramid ini sebenarnya Philosopher Stone yang digempar gempur selama ini? Kerana ia juga di perbuat dari Stone iaitu batu.

Jika ya, bagaimana tamadun purba mampu mencipta nuklear reactor ini? mungkinkah pencarian orang dahulu tentang philosopher stone, bukan sahaja mengenai kekayaan, tetapi juga melambangkan sebagai pencarian teknologi yang hilang?

Fenomena Ice Circle

luar biasa

Suatu hari, apabila anda sedang berjalan kaki di pinggir sungai dan kemudian melihat sebuah lingkaran aneh di permukaan sungai, jangan terburu-buru membuat kesimpulan bahawa UFO baru saja mendarat di sungai tersebut. Mungkin apa yang anda lihat adalah Ice Circle yang baru saja terbentuk.

Ice Circle atau lingkaran ais adalah sebuah fenomena yang muncul pada air yang mempunyai arus perlahan di iklim sejuk. Bentuknya yang besar yang terdiri daripada ais dan berputar secara lambat di permukaan air. Misteri ini sesungguhnya sudah pernah disinggung pada abad ke-19. Sebuah gambar ilustrasi dari Ice Circle pernah diterbitkan di majalah Scientific American pada tahun 1895.London News juga pernah melaporkan fenomena ini yang terjadi di Toronto tahun 1930.

Umumnya fenomena ini muncul di Scandinavia dan Amerika Utara, namun pernah satu kali terlihat di Inggeris pada Januari 2009.

Ice Circle umumnya muncul pada kelokan sungai dimana arus air yang berakselerasi mencipta sebuah kekuatan yang disebut “rotational shear”, yang kemudian memecahkan bongkahan ais dan memutarnya. Seiring dengan perputaran piringan itu,ia menggiling ais di sekelilingnya sehingga menjadi halus dan membentuk lingkaran sempurna. Fenomena ini walaupun sudah dikenalpasti puncanya, namun tetap merupakan kejadian yang aneh kerana jarang² terjadi.

Kebenaran Banjir Zaman Nabi Nuh Sampai Ke Nusantara

Kisah Nabi nuh


Banjir besar dunia (Bencana Nuh), berdasarkan penemuan-penemuan geologi dianggarkan terjadi sekitar tahun 11,000 SM atau 13,000 tahun yang lalu. 

Bencana Nuh ini juga melanda Nusantara. Hal ini boleh kita buktikan, dengan penemuan, ikan spesifik yang bernama ikan belido, di dua pulau yang berbeza, iaitu Sumatera (sungai musi) dan Kalimantan (sungai kapuas).

Dikatakan, Pulau Sumatera dan Kalimantan, dahulunya bersatu, dimana sungai musi dan sungai kapuas, merupakan anak sungai, dari sebuah sungai, yang pada masa ini berada di dasar laut Selat Malaka. (sumber : Banjir di Zaman Nabi Nuh dan Forum Diskusi Banjir Nuh)

Berdasarkan ilmu Geografi, Pulau Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Jazirah Malaka dipisahkan oleh laut yang cetek. Dikatakan sebelum terjadi bencana Nuh, pulau-pulau itu berada dalam satu daratan, yang disebut Pentas Sunda (Sunda Plat).

Beberapa ilmuwan, diantaranya Profesor Aryso Santos dari Brasil, menduga Pentas Sunda ini, dahulunya merupakan benua Atlantis, seperti disebut-sebut Plato di dalam bukunya Timeus dan Critias.

Peradaban Tinggi Masa Lalu

Berdasarkan kepada penemuan naskah kuno di dalam Piramid Besar Cheops, yang mengatakan piramid dibina ‘pada waktu gugusan bintang Lyra berada di rasi Cancer’. Menurut sejarawan, Abu Said El Balchi, peristiwa tersebut terjadi sekitar 73,300 tahun yang lalu.

Kemajuan teknologi di masa lalu, juga boleh dilihat dari kecanggihan, kapal yang dibuat Nabi Nuh bersama pengikutnya, sekitar 11,000 SM (13,000 tahun yang lalu).

Mari kita sekadar memikirkan:

1. Kapal ini boleh memuatkan ribuan bahkan mungkin ratusan ribu pasang haiwan, yang kelak menjadi nenek moyang haiwan masa kini

2. Masing-masing haiwan mesti ditempatkan sesuai dengan habitatnya. Unta harus di tempat yang panas. Pinguin harus di daerah sejuk. Belum lagi buat binatang-binatang kecil seperti semut, kutu, jangkrik, dll. Semuanya mesti disiapkan tempat khusus. Jika tidak, jelas binatang-binatang kecil itu boleh terinjak-injak oleh binatang-binatang lainnya.
3. Untuk pelayaran berminggu-minggu jelas diperlukan gudang makanan yang besar dan canggih. Kalau tidak, mungkin semua tikus dimakan ular, akibatnya tikus menjadi pupus. Belum lagi makanan untuk harimau, singa dan buaya. Untuk lembu, kambing dan kuda juga harus disiapkan rumput segar.

4. Tempat makanan juga mesti bersih, sebab kalau sampai haiwan itu sakit lalu mati, haiwan tersebut akan menjadi pupus. Mungkin kita tidak akan pernah melihat lagi di masa sekarang jika di masa itu telah pupus.

5. Kapal tersebut juga dirancang agar tahan terhadap terjahan ombak dan air banjir, yang mungkin 1000x lebih hebat dari tsunami. Dan mesti menahan beban ribuan haiwan.

Di dalam Al Qur’an diceritakan, gelombang air ketika itu laksana gunung, sebagaimana firman-Nya :

”Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung…” (QS. Hud (11) ayat 42-43).

Bahkan berdasarkan pendapat, salah seorang cendikiawan Muslim, Ustadz Nazwar Syamsu, dalam Buku Serial “Tauhid dan Logika“, bencana Nuh ini, telah mengakibatkan bergesernya kutub utara bumi, dari Makkah kepada posisinya yang sekarang.

Dengan memperhatikan, betapa dahsyatnya teknologi Bahtera Nuh ini, rasanya sukar bagi kita untuk mempercayai penemuan Ekspedisi “Noah’s Ark Ministries International” (NAMI) dari Hongkong, yang mengatakan telah menemui ”The Great Noah Ark”, di gunung Arafat Turki, pada ketinggian 4,000 meter, sekitar bulan April 2010.

Hakikatnya, Kapal Nabi Nuh AS merupakan kapal tercanggih yang pernah dibuat umat manusia. Dan sehingga sekarang ini, masih menjadi misteri.

Seorang Ayah Mengangkat Anaknya Dalam Perlumbaan Triatlon

Satu lagi kisah perjuangan seorang ayah yang patut diteladani, setelah sebelumnya saya pernah mengulas seorang ayah bernama Dick Hoyt yang memberikan kasih sayang begitu besar terhadap anak laki-lakinya yang menderita cacat di otaknya sejak lahir. Kali ini terulang kisah yang serupa, berikut ini kisahnya : Rick van Beek pantas mendapatkan penghargaan "father of the century". Lelaki berusia 39 tahun asal Michigan ini selalu setia membawa putrinya yang kini berusia 13 tahun, Madison, ketika mengikuti perlombaan triatlon. Lebih membanggakan dan mengagumkan lagi, Van Beek boleh menyelesaikan lperlumbaan itu.




Kisah yang menyayat hati ini sudah dimulai sejak 2008, di mana Van Beek selalu membawa putrinya yang mengalami cerebral palsy-afflicted (istilah untuk gangguan terhadap fungsi sistem otak dan syaraf, yang membuat anak mengalami kelainan). Terakhir, dia melakukannya pada perlumbaan pada hari Minggu (12/8/2012).
Tak lama setelah hari itu, saya berhenti merokok 2 bungkus sehari demi Maddy. Ini telah menjadi jalan yang panjang, dengan banyak dugaan, tetapi kami menjadi lebih baik.
-- Rick van Beek
Tentu bukan hal mudah bagi Van Beek untuk menyelesaikan perlumbaan itu kerana dia harus menyelesaikan perlumbaan yang terdiri dari renang, lari, dan berbasikal. Namun demi kebahagiaan sang putri yang sangat menyukai keindahan alam dan semua kegiatan outdoor, Van Beek menepis rasa penat dan lelah. Dia dengan setia membawa Maddy - panggilan Madison- (atau mendorongnya dengan kereta) saat lari, kemudian menariknya dengan troli saat berbasikal, dan menaikkannya ke kayak (sampan kecil) ketika harus berenang.

Sampai saat ini, Van Beek mengakui bahawa dia sudah ikut ambil bahagian dalam lebih dari 70 event. Selain triatlon, dia juga ikut dalam lari half-marathon, serta sejumlah perlumbaan lainnya yang diadakan di ruang terbuka, sebagai bahagian dari 'Team Maddy'.

Pada perlumbaan akhir pekan kelmarin, Van Beek dan Maddy berhasil menyelesaikan perlumbaan setelah menempuh jarak 0,3 mil dengan berenang, 12,4 mil dengan bersepeda, dan 3,1 mil dengan berlari. Kepada Midland Daily News, Van Beek mengatakan bahawa dia ingin ikut bertanding bersama anaknya, yang tidak boleh jalan dan bicara, kerana dia (anak) sangat suka berada di luar.

"Dia seperti bayi tiga bulan, dan salah satu hal yang sedikit kami ketahui adalah bahawa dia sangat menikmati berada di alam terbuka, berada di air, merasakan embusan angin di rambut dan wajahnya," ujar Van Beek.

Maddy didiagnosa mengalami cerebral palsy dua bulan setelah lahir. Kabar tersebut terasa seperti petir yang menyambar keluarga Van Beek, yang membuat mereka terpukul. Meskipun demikian, Van Beek dan sang istri, Mary, dengan tabah menerimanya dan terus merawat Maddy yang terus tergolek lemah.

"Itu menjadi salah satu hari terburuk dalam hidup kami," ujar Van Beek kepada Fox 17. "Semua orang berdoa agar anak-anak mereka sehat dan selama delapan tahun saya masih berharap dia bisa menjadi anak yang sehat. Tetapi jika dia tidak menjadi seperti ini, maka kami tidak akan menjadi orang seperti sekarang."

Pandangannya terhadap Maddy berubah ketika dia melihat putrinya mengambil bahagian dalam sebuah lumba maraton lebih dari empat tahun yang lalu. Saat itu, wajah Maddy tampak ceria dan sukacita terpancar dari dalam dirinya. Inilah yang membuat ghairah hidup Van Beek kian membara, termasuk membahagiakan putrinya tersebut.

"Saya melihat putriku Maddy didorong di Grand Rapids Marathon," cerita Van Beek dalam blog miliknya. "Melihatnya begitu bahagia dan menikmati setiap goyangan di jalan saat naik gundukan, emosi saya melonjak.

"Tak lama setelah hari itu, saya berhenti merokok 2 bungkus sehari demi Maddy. Ini telah menjadi jalan yang panjang, dengan banyak gundukan, tetapi kami menjadi lebih baik."

Nah, sebagai upaya untuk membuat putrinya senang, Van Beek mulai latihan lumba outdoor pada tahun 2008. Van Beek, yang berhenti dari seorang perokok tegar, juga menyedari manfaat bagi dirinya. Sejak itu, dia pun mulai mengumpulkan dana untuk amal.

"(Emosi) membuat saya atau mengilhami saya untuk melakukan hal-hal yang saya lakukan," tulis Van Beek di blognya tahun lalu. "Sebut saja inspirasi, sebutlah itu motivasi, sebut saja apa yang pernah anda inginkan, tetapi saya menyebutnya CINTA.

"Itu tidak akan pernah pudar... Dia adalah hatiku dan saya kakinya, meskipun suatu hari nanti dia mungkin tidak secara fisik bisa berada di sana dengan saya, tetapi dia akan selalu berada di hatiku, dengan diam-diam bersorak untukku."

Apa yang dilakukan Van Beek ini menggugah perasaan banyak orang, termasuk para penonton yang menyaksikan lomba tersebut. Mereka sangat tersentuh dan kagum dengan rasa cinta yang begitu besar dari Van Beek terhadap putrinya.

"Itu merupakan sesuatu yang begitu inspiratif untuk dilihat," ujar koordinator lomba, Misty Angle, kepada Allegan County News, setelah menyaksikannya di triatlon Tri Allegan 2011.

"Itu pasti salah satu hal yang menarik dari acara tersebut, bagi saya dan juga banyak orang."

Namun Van Beek menolak semua pujian yang dilontarkan terhadapnya. Dia mengatakan bahwa justru putrinya yang menginspirasi banyak orang.

"Saya pikir Madison telah mengubah kehidupan banyak orang dari apa yang saya ketahui - tanpa melakukan apapun, hanya berada di luar sana. Bukan saya, dia," ujar Van Beek kepada Fox News. "Kami membuat tim yang bagus."

Kisah nyata yang sangat inspiratif untuk membangun sebuah keluarga yang bahagia.

Sebuah Komet Mati Melintasi Matahari Esok Pagi

Sebuah Komet Mati Melintasi Matahari Esok Pagi


komet

Sebuah komet berukuran Stadium Shah Alam akan melintasi Matahari, Jumaat (16/12/2011) pagi esok. Komet tersebut bernama Lovejoy atau dalam astronomi juga dikenal dengan C/2011 W3.  Lovejoy dikatakan melintasi kerana jaraknya yang sangat dekat dengan Matahari, hanya 131.000 kilometer. Pada jarak tersebut, Lovejoy sebenarnya sudah memasuki atmosfera Matahari.


Apa kesan dari pelanggaran tersebut? Adakah kita kehilangan Matahari yang menjadi sumber kehidupan? Tidak juga. Lovejoy terlalu kecil untuk membunuh Matahari. Justeru, Lovejoy-lah yang akan mati dalam pelanggaran itu. Bagaimana boleh? Panas Matahari akan melelehkan semua es di komet dan bahan lain yang membeku. Perbezaan paparan sinar Matahari di satu tempat dan yang lain menyebabkan pemuaian tidak seragam. Komet akan retak dan musnah dengan cepat besok.

Laman web Space.com dalam kenyataannya, Rabu (14/12/2011), menyatakan, pelanggaran antara Lovejoy dan Matahari akan terjadi sekitar pukul 07.00, Jumaat.  Astronom Ma'rufin Sudibyo mengatakan, komet akan lebih aktif ketika memasuki wilayah dekat Matahari. Es dan sebatian beku lain yang terdapat pada komet akan menguap membentuk gas.

Gas yang terbentuk akan mengalir keluar membentuk ekor dan atmosfera komet. Semburan gas akan membawa debu dan tanah liat komet, membentuk atmosfera dan ekor komet.  Saat mendekati Matahari, Lovejoy pun akan mengalami hal yang sama. Ketika di atmosfera, komet memantulkan sinar Matahari, maka di situlah keindahan boleh disaksikan.

"Bahkan, ramalan memperlihatkan komet ini berpotensi menjadi komet paling terang pada 2011, yang kecemerlangannya menyamai Planet Venus di kala senja atau fajar atau lebih," tutur Ma'rufin di akun Facebook-nya.

"Bahkan, tak menutup kemungkinan komet ini bakal seterang bulan purnama sehingga pada puncaknya, komet ini berpotensi menjadi benda langit paling terang relatif yang kedua di tata surya setelah Matahari," lanjutnya. Meski terang, pengamatan komet ini takkan mudah dilakukan. Pertama karena halangan cahaya Matahari yang tak kalah terang. Kedua, diperlukan peralatan khusus untuk melihat jelas tanpa merusak pandangan.

Pengamatan dengan teropong memungkinkan untuk melihat bagaimana komet ini melanggar Matahari. Namun, jika pemakaiannya tak hati-hati akan berbahaya bagi mata. Sangat disarankan mengamati dengan yang sudah berpengalaman. "Paling aman dalam situasi seperti ini, ya, blokirlah posisi Matahari dengan penutup tertentu, lantas amati dengan mata tanpa alat," urai Ma'rufin.

Yang paling mudah dan tak berbahaya adalah mengamati lewat internet. Cara ini memuaskan sebab saat ini ada satelit pemantau Matahari, contohnya Soho (Solar and Heliospheric Observatory).  Untuk melakukannya, bisa dibuka laman tentang Soho di website NASA. Komet telah muncul sejak 14 Desember 2011 pukul 15.30.

Komet Lovejoy ditemukan astronom asal Australia, Terry Lovejoy, pada 27 November 2011. Umur komet dihitung dari sejak tanggal penemuan sampai tanggal kematian sangat pendek, cuma 20 hari.  Lovejoy unik karena orbitnya yang ekstrem lonjong. Akibatnya, beda titik terdekat dan terjauhnya dengan Matahari sangat jauh. Titik terdekat ialah 0,83 juta km, titik terjauh 16,500 km, tiga kali lebih jauh daripada jarak Matahari-Pluto.

Keunikan lain, komposisi komet mirip batu apung, antara lain debu, es, tanah liat, dan sebatian mudah menguap, seperti CO2, metana, dan amoniak. "Jika kota meletakkan komet Lovejoy ini di samudra secara hati-hati, ia bakal mengapung!" Tabrakan Lovejoy dengan Matahari takkan menimbulkan imbak besar baik bagi Matahari mahupun Bumi. Ukuran Lovejoy terlalu kecil untuk menimbulkan kesan besar bagi Matahari.

Namun, jika diandaikan Lovejoy menghentam Bumi, kerosakan besar akan terjadi. Bencana yang memusnahkan dinosaurus 65 juta tahun silam boleh terulang, menumpas majoriti makhluk hidup yang ada. Pertembungan komet dengan Matahari bukan sebuah peristiwa aneh, tetapi cukup jarang terjadi. Peristiwa ini dinanti tidak hanya oleh seorang amatur, tetapi juga astronom profesional.