.
.

Mampukah Manusia Mencipta Emas

Mampukah Manusia Mencipta Emas?

emas tulen

Tokyo Imperial University, March 1924. Di dalam experiment awal nuklear, saintis meletakkan 150,000 volt eletrik kepada mercury isotope disaluti berlayer-layer paraffin oil, selama 4jam. Tujuannya adalah untuk mengeluarkan proton hydrogen daripada nucleus mercury tersebut sekaligus menghasilkan element baru iaitu EMAS. Experiment ini berjaya. Professor Nagaoka telah menyelesaikan misteri yang menghantui para saintis selama beratus-ratus tahun, iaitu misteri Philosopher Stone.

Philosopher Stone, mengikut lagenda adalah sebuah batu yang MAGIC lah kononnya mampu menukarkan besi-besi biasa menjadi emas. Melalui experiment ini, perkara magic atau keajaiban itu ternyata tidak wujud. Ia boleh diterangkan secara saintifik. Sebelum Nagaoka berjaya menjalan experiment ini, saintis-saintis di seluruh dunia berpendapat bahawa perkara ini adalah mustahil. Rahsia untuk mengorek kajian ini ada pada bintang-bintang di angkasa. Bila kita tengok, bagaimana Emas terjadi secara semulajadi, adalah hasil daripada reaksi nuklear daripada matahari, bila terjadi letupan supernova, maka reaksi nuklear tadi tersebar ke seluruh angkasa. Oleh kerana kemampuan manusia pada masa kini berjaya untuk mengawal reaksi nuklear, maka manusia mampu untuk mencipta emas daripada elemen yang lain.

Di University of California, Irvine, Dr Aj Shakar menjalankan experiment ini tiap-tiap hari. Menurut beliau, untuk menukarkan mercury kepada emas, ia mengambil masa selama 23 jam. Ironik nya, dengan process ini, manusia tidak mampu untuk menjadi kaya. Kenapa? Dengan menggunakan tenaga di dalam sebuah makmal, process ini sekurang-kurangnya bernilai $200 satu jam, manakala hasil emas yang di buat selama 23 jam tadi hanyalah bernilai sebanyak 23sen. Walaupun cara ini tidak efisyen, namun ia nya sudah cukup untuk membuktikan bahawa teknologi untuk menukarkan besi lain kepada emas sememangnya wujud.

Mungkinkah teknologi yang lebih canggih daripada ini wujud beribu-ribu tahun dahulu? Mungkin pernah, di Mesir Purba. Satu lagi tempat, di mana Emas sentiasa dikaitkan dengan tuhan. Idea emas adalah harta suci tuhan sangat di praktik kan dalam mesir purba ini. Emas diibaratkan darah daging kepada tuhan mereka. Oleh itu, besar kemungkinan mesir adalah tempat di mana kuantiti emas paling banyak di dunia. Kenapa mesir purba menganggap elemen ini bukan berasal daripada bumi? Menurut teori, ia nya tidak mustahil bahawa masyarakat mesir mampu untuk mencipta emas seperti mana yang manusia pada zaman kita ini buat.

Process mutasi kimia ini selalunya di lakukan di dalam makmal yang mempunyai nuklear reaktor. Mungkinkah sejumlah emas yang banyak, mampu dicipta dengan menggunakan reaktor yang jauh lebih besar? Yang lebih besar, mungkin saiz seperti Pyramid di giza.

Banyak saintis berpendapat bahawa Pyramid di giza seolah-olah sebuah mesin dan seperti sebuah reaksi kimia pernah berlaku di DALAM pyramid tersebut. Its possible.

Jika dilihat komplek binaan dalam pyramid, dengan menggunakan akal dan fikiran, sudah tentu pyramid ini tidak digunakan sekadar untuk makam firaun sahaja. Ketepatan ukuran, jumlah batu, jenis batu seperti granite yang hanya ada lebih kurang 1500 kilometre jauh dari tapak pyramid hanya sekadar untuk membina sebuah makam adalah satu perkara yang tidak masuk akal. Keunikan-keunikan seperti inilah sebenarnya yang menambah suspicious kepada binaan pyramid ini.

Ia di bina seolah-olah sebagai sebuah mesin, mungkin juga ia berfungsi sebagai sebuah mesin. Mungkinkah Pyramid ini sebenarnya Philosopher Stone yang digempar gempur selama ini? Kerana ia juga di perbuat dari Stone iaitu batu.

Jika ya, bagaimana tamadun purba mampu mencipta nuklear reactor ini? mungkinkah pencarian orang dahulu tentang philosopher stone, bukan sahaja mengenai kekayaan, tetapi juga melambangkan sebagai pencarian teknologi yang hilang?

Alien ‘Nampak Jelas’ di Hutan Amazon

Info ini adalah info pada tahun 2011,mungkin para pembaca yang tidak mengetahuinya.Kebenaran info ini tidak kami ketahui,mungkin benar dan mungkin tidak,anda sebagai pembaca pandai menilai kebenarannya.Makhluk aneh ini tidak akan menampakkan diri layaknya penduduk asli hutan Brazil. Berdiri hanya beberapa meter dari penampakan cahaya yang berkedap-kedip, hal ini telah menjadi salah satu bukti bahawa kita tidak sendirian lagi di alam jagat raya ini.

gambar makhluk asing

gambar makhluk asing2

gambar makhluk asing3


Gambar ini berasal dari video seorang paranormal, Michael Cohen, yang mana seluruhnya telah difilemkan oleh dua wartawan Inggeris disaat mereka mengunjungi Mamaus, Amazon. Kerana kamera tersebut telah difokuskan pada sejumlah budak-budak,ternampak dari jauh di belakang mereka ada kilatan cahaya keperakan.


Namun, ketika mata dialihkan ke sekitar hutan tersebut, nampak jelas ada makhluk kecil yang berdiri di sebelah kanan sebuah pohon. Penampakan ini ‘jelas’ terlihat seperti makhluk asing. Sementara bagi sebagian orang, gambar tersebut dengan mudah disangkal sebagai sebuah pembohongan semata-mata.

Cohen, orang yang tercatat sebagai misteri ini pada allnewsweb.com, menyatakan bahawa foto-foto ini telah membuktikan keberadaan alien. Ia mengatakan, “Ini adalah rakaman yang sangat jelas, sehingga akan sukar diragukan.”

“Gambar ini berasal dari sebuah wilayah yang terkenal kerana aktivitas UFO. Hal ini menunjukkan bahawa alien tertarik dengan wilayah ini kerana kepelbagaian biologi.”
“Kawasan itu juga menjadi fokus penyiasatan oleh kerajaan Brazil yang dikenali sebagai Operasi Prato, di mana bala pasukan khusus telah dihantar untuk memantau dan mengesahkan kehadiran alien di wilayah tersebut.”

Ia mengatakan bahawa kerajaan Brazil telah membantah dengan adanya Operasi Prato selama bertahun-tahun sebelum peristiwa ini dan dikeluarkan sejumlah file terkait rapat dengannya. Setelah memperoleh rakaman itu, Cohen yang juga dikenali sebagai seorang ahli paranormal dalam hal UFO, telah dibanjiri sejumlah permintaan dari produser Hollywood yang tertarik menggunakan bukti itu.

“Rakaman tersebut akan digunakan dalam kerjasama langsung dengan pengeluar filim Amerika dan akan berfungsi sebagai bukti asli,” ujarnya.

Untuk melihat lebih jelas, berikut ini videonya :

Update:Video terbabit telah di remove atas sebab yang tidak diketahui oleh pihak kami.

Kebenaran Banjir Zaman Nabi Nuh Sampai Ke Nusantara

Kisah Nabi nuh


Banjir besar dunia (Bencana Nuh), berdasarkan penemuan-penemuan geologi dianggarkan terjadi sekitar tahun 11,000 SM atau 13,000 tahun yang lalu. 

Bencana Nuh ini juga melanda Nusantara. Hal ini boleh kita buktikan, dengan penemuan, ikan spesifik yang bernama ikan belido, di dua pulau yang berbeza, iaitu Sumatera (sungai musi) dan Kalimantan (sungai kapuas).

Dikatakan, Pulau Sumatera dan Kalimantan, dahulunya bersatu, dimana sungai musi dan sungai kapuas, merupakan anak sungai, dari sebuah sungai, yang pada masa ini berada di dasar laut Selat Malaka. (sumber : Banjir di Zaman Nabi Nuh dan Forum Diskusi Banjir Nuh)

Berdasarkan ilmu Geografi, Pulau Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Jazirah Malaka dipisahkan oleh laut yang cetek. Dikatakan sebelum terjadi bencana Nuh, pulau-pulau itu berada dalam satu daratan, yang disebut Pentas Sunda (Sunda Plat).

Beberapa ilmuwan, diantaranya Profesor Aryso Santos dari Brasil, menduga Pentas Sunda ini, dahulunya merupakan benua Atlantis, seperti disebut-sebut Plato di dalam bukunya Timeus dan Critias.

Peradaban Tinggi Masa Lalu

Berdasarkan kepada penemuan naskah kuno di dalam Piramid Besar Cheops, yang mengatakan piramid dibina ‘pada waktu gugusan bintang Lyra berada di rasi Cancer’. Menurut sejarawan, Abu Said El Balchi, peristiwa tersebut terjadi sekitar 73,300 tahun yang lalu.

Kemajuan teknologi di masa lalu, juga boleh dilihat dari kecanggihan, kapal yang dibuat Nabi Nuh bersama pengikutnya, sekitar 11,000 SM (13,000 tahun yang lalu).

Mari kita sekadar memikirkan:

1. Kapal ini boleh memuatkan ribuan bahkan mungkin ratusan ribu pasang haiwan, yang kelak menjadi nenek moyang haiwan masa kini

2. Masing-masing haiwan mesti ditempatkan sesuai dengan habitatnya. Unta harus di tempat yang panas. Pinguin harus di daerah sejuk. Belum lagi buat binatang-binatang kecil seperti semut, kutu, jangkrik, dll. Semuanya mesti disiapkan tempat khusus. Jika tidak, jelas binatang-binatang kecil itu boleh terinjak-injak oleh binatang-binatang lainnya.
3. Untuk pelayaran berminggu-minggu jelas diperlukan gudang makanan yang besar dan canggih. Kalau tidak, mungkin semua tikus dimakan ular, akibatnya tikus menjadi pupus. Belum lagi makanan untuk harimau, singa dan buaya. Untuk lembu, kambing dan kuda juga harus disiapkan rumput segar.

4. Tempat makanan juga mesti bersih, sebab kalau sampai haiwan itu sakit lalu mati, haiwan tersebut akan menjadi pupus. Mungkin kita tidak akan pernah melihat lagi di masa sekarang jika di masa itu telah pupus.

5. Kapal tersebut juga dirancang agar tahan terhadap terjahan ombak dan air banjir, yang mungkin 1000x lebih hebat dari tsunami. Dan mesti menahan beban ribuan haiwan.

Di dalam Al Qur’an diceritakan, gelombang air ketika itu laksana gunung, sebagaimana firman-Nya :

”Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung…” (QS. Hud (11) ayat 42-43).

Bahkan berdasarkan pendapat, salah seorang cendikiawan Muslim, Ustadz Nazwar Syamsu, dalam Buku Serial “Tauhid dan Logika“, bencana Nuh ini, telah mengakibatkan bergesernya kutub utara bumi, dari Makkah kepada posisinya yang sekarang.

Dengan memperhatikan, betapa dahsyatnya teknologi Bahtera Nuh ini, rasanya sukar bagi kita untuk mempercayai penemuan Ekspedisi “Noah’s Ark Ministries International” (NAMI) dari Hongkong, yang mengatakan telah menemui ”The Great Noah Ark”, di gunung Arafat Turki, pada ketinggian 4,000 meter, sekitar bulan April 2010.

Hakikatnya, Kapal Nabi Nuh AS merupakan kapal tercanggih yang pernah dibuat umat manusia. Dan sehingga sekarang ini, masih menjadi misteri.