.
.
Home » » Kenapa Nabi Muhammad SAW Tidak Mempunyai Bayang

Kenapa Nabi Muhammad SAW Tidak Mempunyai Bayang

  

Semua sedia maklum.. satu mukjizat Nabi Muhammad saw adalah baginda tidak mempunyai bayang... kerana baginda itu sendiri adalah cahaya... Rahmatan Lilalalmin...

baginda dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.. baginda itu Nur Muhammad... cahaya atas cahaya... Allahu Rabbi...

ini adalah sabahagian rambut Rasululillah saw.... rambut ini apabila disuluh tiada bayang... jelas... ini adalah rambut junjungan besar baginda Rasululillah... rambut baginda masih hidup walaupun jasad baginda sudah tiada... buktinya apabila rambut ini dipotong.. ia akan kembali kepada panjang asal....

Sollu alan Nabi...

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, Allahumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid -




ANTARA KEISTIMEWAAN RASULULLAH SAW

Memang Rasulullah SAW manusia hebat, tiada tara, tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara, tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu

Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

Istimewanya darah Rasulullah SAW:

Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

Peluh Rasulullah SAW wangi :
Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!”

Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap
Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”

Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:

1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)

2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)

3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)

4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)

5. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)

6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)

7. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.

8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)

9. Diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)

10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)

11. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad.
(Hr Ahmad)

12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat.
(Hr Ahmad)
13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi.
(Hr al-Bazzar)
14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat.
(Hr al-Bazzar)
15. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya syaitan tersebut.

16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat.
(Hr Muslim)

والله أعلم بالصواب
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)



Wallahua'lam...




sumber : http://busuk.org/ping/view/518966

23 comments:

  1. SUBHANALLAH....ALLAHUAKBAR...

    ReplyDelete
  2. SUBHANALLAH ALLAHUAKHBAR

    ReplyDelete
  3. SubhanALLAH istimewanya NABI S.A.W kita..ALLAHU AKHBAR

    ReplyDelete
  4. Kita perlu berhati-hati untuk share sesuatu berkenaan Rasulullah, especially apabila ia dilabelkan hadis. Kita sepatutnya tak boleh share satu satu perkara yang kita tak jelas akan kesahihannya. Sebab risau takut-takut termasuk dalam perkara yang Rasulullah sebut sebagai;

    "Do not tell a lie against me for whoever tells a lie against me (intentionally) then he will surely enter the Hell-fire."

    (Hadis Sahih, daripada Sahih Bukhari, Book #3, Hadith #106)

    Takut-takut kita menipu berkenaan Rasulullah s.a.w pula.

    Salah satu cara untuk elak daripada kongsi perkara-perkara yang tak sahih ataupun salah adalah dengan melihat sumber perkara tersebut. Contoh mudah ialah apabila perkara yang kita share tersebut daripada blog yang tiada asal-usul, yang berkongsi perkara-perkara yang 'mengarut-mengarut', dan blog tu pula dari page facebook seorang yang bernama 'Mail Lambung'.

    Kadang-kadang kita kena guna common sense apabila kita menulis atau berkongsi. Sumber yang kita guna untuk belajar agama kita mestilah dari sumber yang diyakini, bukan diambil daripada blog yag bercerita pasal 'belut berjalan dalam perut lelaki gila seks' contohnya. (I do not know if you notice this article in the blog you shared)

    Berbeza jika artikel tersebut daripada website/page scholars-scholars yang diperakui ilmu dan kejujuran mereka.

    Di Malaysia kita ada banyak scholars yang mu'tabar, contohnya ustaz Zaharuddin, DrMAZA, Ustaz Hasrizal Jamil. Kalau artikel atau post-post mereka, maka kita yakin bahawa ia bersumberkan sesuatu yang sahih inshaAllah.

    Artikel yang Fahada share ni, banyak hadis yang tiada asal-usul, dan ada hadis yang jelas palsu. Nabi tiada bayang contohnya, jelas bertentangan dengan apa yang Quran ajar kepada kita, yakni rasulullah hanyalah manusia seperti kita, dicipta daripada tanah, yang juga makan, bergaul, dan 'mempunyai bayang'.

    Say, "I am only a man LIKE YOU, to whom has been revealed that your god is one God. So whoever would hope for the meeting with his Lord - let him do righteous work and not associate in the worship of his Lord anyone." al-Kahf:110

    Allah ulang dalam Surah al-Anbiya ayat 8;

    "Dan Kami tidak menjadikan Rasul-rasul itu bertubuh badan yang tidak makan minum, dan mereka pula tidak akan kekal hidup selama-lamanya (di dunia)."

    Bahkan rasulullah s.a.w sendiri pesan untuk tak berlebih-lebihan dalam menyanjung baginda.

    Narrated 'Umar: I heard the Prophet saying, "Do not exaggerate in praising me as the Christians praised the (Isa) son of Maryam, for I am only a Slave. So, call me the Slave of Allah and His Apostle." (Sahih Bukhari, Book #55, Hadith #654)

    Dakwaan bahawa baginda itu sendiri adalah cahaya juga tidak benar, kerana rasulullah dicipta dari tanah seperti kita. Hanya malaikat sahaja yang dicipta dari Cahaya.

    The Prophet (pbuh) said: “The angels were created from light, and Iblees was created from fire, and Adam (pbuh) was created from what has been described to you. (i.e He was created out of soil and clay”

    Hadith Sahih Muslim, Book #042, Hadith #7134

    Rasulullah adalah daripada Adam, maka ia tidak tepat jika dikatakan Rasulullah dicipta dari Nur seperti malaikat.

    Maaf, jika panjang sangat bebelan ana. Maaf, kalau ia bersifat teguran, tetapi ana perlu sebut perkara ni, agar orang lain yang turut membaca, juga mendapat kefahaman yang betul.

    Ana akhiri diskusi kita dengan ayat 11 surah Ibrahim inshaAllah

    "Rasul-rasul mereka berkata kepada mereka: "Kami ini tidak lain hanyalah manusia seperti kamu juga, tetapi Allah melimpahkan kurniaNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya"

    And Indeed with Allah is the Truth.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat bermanfaat..
      kite perlu berhati2..
      takut terpesong akidah..
      yg peliknya,yg minum darah rasulullah..
      darah kan kotor walaupun nabi seorang yg mulia..
      wallahu'alam..
      jgn sebarkn hadis palsu,
      boleh pesongkn akidah umat islam,
      dan org islam sendiri jgn lh mudah percaya bulat2 n perlu kaji sesuatu perkara itu..
      sekian..

      Delete
  5. sokong kenyataan saudara di atas...xleh suke2 share...kene kaji dlu kesahihan br boleh sebarkan...klu kenyataan tu xbetul, ia di anggap menipu dan salah satu ciri2 munafik tu ialah menipu...memang bagus tuk mengenali Rasulullah SAW tp bile ade prkara yg xbetul, takut akan menjauhkan saudara2 kite yg baru nk kenal Islam dan rasulnye...Islam agama yg benar dan agung, xperlu tuk kite menipu atau menokok tambah

    ReplyDelete
  6. subhannallah sangat bagus sekali artikel nya bro kunjungan baliknya yo www.naufalthedarkness.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. subhannallah sangat bagus sekali artikel nyaaa.....

    ReplyDelete
  8. SUBHANALLAH ... ALLAHUAKBAR ...

    <3 :)

    ReplyDelete
  9. AKU RINDU KAT RASULULLAH..AKU TERINGIN NAK LIHAT WAJAH NYA..XSEMPURNA KALAU MELIHAT RAMBUT NYA SAHAJA...

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. lagi satu. tak kan lah rambut Rasul Allah boleh letak dalam botol macam tu je? biasa Jin yg letak dalam botol. hati-hati!

    ReplyDelete
  12. Nabi kekasih umatnya.Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku menyayangi dan mencintai Nabi ku Mohammad saw lebih dari cinta ku terhadap segala individu yang berada dimuka bumi ini,Insya'Allah.

    ReplyDelete
  13. Apa apa yg kita terima rujuk pada ahlinya dan selagi ianya tidak lari dari AlQuran dan Hadis bolihlah kita guna sebab telah diingatkan olih Bagindasaw akhir zaman akan dyg kepafa kamu ulamak yg meyesatkan kecuali yg berpandukan pada Quran dan hafis ku.sama samalah kita tegur menegur dan ingat mengigatkan.

    ReplyDelete
  14. Apa apa yg kita terima rujuk pada ahlinya dan selagi ianya tidak lari dari AlQuran dan Hadis bolihlah kita guna sebab telah diingatkan olih Bagindasaw akhir zaman akan dyg kepafa kamu ulamak yg meyesatkan kecuali yg berpandukan pada Quran dan hafis ku.sama samalah kita tegur menegur dan ingat mengigatkan.

    ReplyDelete
  15. Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad...

    ReplyDelete
  16. subhanallah .. indahnya ciptaanmu ...

    ReplyDelete