.
.

Mat Yo 'panas'



Kembali beraksi di Kota Bharu; misi benam Kelantan

Kota Bharu: Kota Bharu pasti 'panas' malam ini! Apa tidaknya, kehadiran Norshahrul Idlan Talaha (kanan) yang berkunjung semula ke bandar ini buat pertama kali selepas kontroversi perpindahan menjadi tarikan ketika Johor Darul Takzim - pasukan dipenuhi bintang yang diwakilinya menentang bekas pasukannya, Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV.


Walaupun sudah melunaskan RM299,000 bagi tebus kontrak perpindahan ke skuad Harimau Selatan tetapi bagi Penaung Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa masih ada hutang yang perlu dilunaskan penyerang kebangsaan itu.

Jadi tumpuan penyokong 


Sudah tentu kelibat penyerang kebangsaan itu amat dinantikan bukan saja bekas rakan sepasukannya, tetapi juga penyokong fanatik The Red Warriors. Dan persoalan menarik adakah Mat Yo bersedia menghadapi ‘serangan’ daripada segenap penjuru stadium atau adakah dia akan terus menambah derita Kelantan dengan menjaringkan gol untuk Johor DT pulang ceria.-bharian.com.my

Infokinie-Makin panas dan membara Mat yo

55 negara desak rejim Syria dibicara

syiah syria sesat


Tuntut kes jenayah perang kerajaan Bashar al-Assad dihakimi ICC New York: Sekurang-kurangnya 55 negara menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghadapkan Syria ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk disiasat berhubung tuduhan jenayah perang. Tuntutan akan dibuat dalam satu surat dianjurkan oleh Switzerland, yang menghabiskan masa selama tujuh bulan untuk mengumpulkan tandatangan.

Cadangan kami disokong negara Eropah dan juga di kebanyakan rantau lain di dunia," Didier Burkhalter, Menteri Luar Switzerland Majlis Keselamatan dengan 15 anggotanya adalah satu-satunya badan yang boleh merujuk kes itu kepada ICC. Jurucakap misi Switzerland di PBB, Adrian Sollberger memberitahu agensi berita bahawa surat terbabit diserahkan semalam.

Sumber diplomatik lain berkata, sebanyak 55 perwakilan negara menandatanganinya dan yang lain masih boleh menyertainya walaupun inisiatif ini mempunyai sedikit peluang untuk berjaya. Sekatan terhadap Bashar Majlis Keselamatan PBB berada dalam kebuntuan berikutan konflik Syria selama 22 bulan. Ahli tetap Russia dan China mengun-di tiga resolusi yang akan mengancam sekatan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Disebabkan bukan ahli mahkamah berpejabat di The Hague, kedua-dua negara pastinya menolak sebarang resolusi baru mencadangkan dakwaan jenayah perang. Syria juga bukan ahli. Negara Eropah memberikan majoriti tandatangan, kata sumber diplomatik. Amerika Syarikat tidak menandatangani surat kerana bukan ahli ICC tetapi turut menyokong langkah berkenaan, kata diplomat.
“Cadangan kami disokong negara Eropah dan juga di kebanyakan rantau lain di dunia,” kata Menteri Luar Switzerland, Didier Burkhalter kepada penyiar negara itu SRF pada Jumaat.
“Kita akan teruskan operasi ini sekarang. Orang ramai perlu sedar bahawa ini jenayah ini tidak akan dihukum,” katanya.
Russia menjadi penentang utama sebarang tindakan antarabangsa dalam konflik ini manakala PBB menganggarkan kematian lebih 60,000 penduduk.

- AFP INFO: Konflik Syria
# Konflik bermula pada 15 Mac 2011
# 60,000 penduduk Syria dianggarkan maut setakat ini
# Kerajaan pimpinan Bashar al-Assad disokong Iran
# Pemberontak mendapat sokongan Turki, Qatar, Arab Saudi dan pergerakan militan asing.-bharian.com.my

Infokinie-Pada pendapat kami,pihak syiah syria memang patut di hukum,kerana mereka membunuh dengan kejamnya saudara Islam kita di sana.

Bayaran RM100 Untuk Pelajar Esok

Bantuan Khas Awal Persekolah RM100


Bantuan khas awal persekolahan RM100: Ibu bapa akan terima secara berperingkat sehingga 15 Februari Batu Pahat: Sebanyak RM498 juta peruntukan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada setiap 4.98 juta pelajar di seluruh negara akan diagihkan mulai esok. 

Ia diberikan terus kepada ibu bapa secara berperingkat sehingga 15 Februari depan.

 Kita akan pastikan bayaran akan berjalan lancar. Pihak sekolah diingatkan supaya membayar terus RM100 kepada ibu bapa tanpa apa-apa potongan hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)," Dr Mohd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran 

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata peruntukan sebenar yang disediakan bagi 2013 adalah RM540 juta, termasuk untuk pelajar sekolah swasta dan sekolah agama rakyat, tetapi kementerian belum menerima jumlah sebenar pelajar terbabit. Bayar tanpa potong hutang tertunggak “Bagaimanapun, kita akan pastikan bayaran akan berjalan lancar.

Pihak sekolah diingatkan supaya membayar terus RM100 kepada ibu bapa tanpa apa-apa potongan hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG),” katanya selepas program ramah mesra bersama penduduk Bakau Chondong di Parit Gantung, di sini semalam.

Sementara itu, Mohd Puad yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat, berkata RM3.8 bilion dibelanjakan kerajaan tahun lalu bagi bantuan pendidikan kepada pelajar di seluruh negara. Rancangan makanan tambahan Katanya, ia termasuk Rancangan Makanan Tambahan, makanan di asrama harian dan asrama penuh, Biasiswa Kecil Persekutuan sekolah menengah, bantuan tuisyen, bantuan buku teks serta Susu 1Malaysia.

“Contohnya makanan di asrama penuh dan harian, kos makanan pelajar adalah RM15 sehari, tetapi ibu bapa hanya perlu membayar RM1 sahaja, manakala RM14 lagi ditanggung kerajaan membabitkan minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam serta minum lewat malam. 
 "Semua pelajar di asrama harian atau asrama penuh layak menerima subsidi ini, manakala pelajar asrama desa menerima 100 peratus bantuan tanpa perlu membayar apa-apa.
 “Malah, untuk Biasiswa Kecil Persekutuan bagi pelajar sekolah menengah, penerima dibayar RM300 setiap seorang,” katanya.-bharian.com.my

Infokinie- Jadi kepada Ibubapa pelajar yang anaknya tidak menerima bayaran penuh daripada mana-mana guru di sekolah masing-masing hendaklah minta bayaran penuh RM100 tersebut.Takenote sikit tentang perkara ini.Nanti ada cikgu yang ambil kesempatan untuk memotong bayaran tersebut.Pihak sekolah diingatkan supaya membayar terus RM100 kepada ibu bapa tanpa apa-apa potongan hutang tertunggak atau bayaran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Gambar Seksi Fasha Sandha Ketika Mengandung

Fasha Sandha yang sememangnya artis seksi sebelum ini dan sekarang sudahpun berbadan dua,masih lagi seksi.Fasha yang dijangka akan melahirkan anak dalam bulan Mac ataupun April tahun ini,masih mengekalkan kejelitaannya walaupun berbadan dua.

gambar-fasha-sandha-sarat-mengandung

gambar seksi -fasha-sandha-sarat-mengandung

Infokinie-Wah,memang nampak seksi bergaya fasha sandha nie.

Pencuri Kangkang Style

Macam-macam ragam pencuri zaman sekarang,ada yang mencuri macam tarian gangnam style,tapi nie lain sikit.Mencuri dengan menyembuyikan barang yang di curi di celah-celah kangkang.Yang lebih menyakitkan hati pula,si pencuri yang datang adalah satu keluarga.Memalukan sungguh,orang melayu pulak tu,dahlah pakai tudung....pui...

kangkang style melayu


Saksikan 3 video ragam pencuri Kangkang Style Versi Melayu dan Kangkang Style Versi India.

Kangkang Style Versi Melayu

Kangkang Style Versi Melayu (sekeluarga)

Kangkang Style Versi India

Peristiwa seram di wad hospital


Kisah ini ada lah benar dan aku yakin ada orang lain pernah mengalaminya. Pada 19 October lalu, aku telah dimasukkan kehospital. Ini adalah kali pertama aku menjadi ‘penghuni sementara’ disebuah hospital. Aku ditempatkan disebuah bilik yang mangandungi enam orang pesakit. Katilku terletak ditengah tengah. Semua pesakit sebilikku itu ialah cina yang lanjut usia.
Hampir setiap malam aku tidak dapat lena kerana ‘kekenyangan’ tidur pada siang siangnya. Pada suatu malam, kira kira jam 9, aku rasa ingin membuang air kecil, tetapi takut untuk kebilik air yang agak jauh dari tempatku. Lagipun, lampu diluar sudah dipadamkan.
kisah seram di hospital
Akhirnya aku memberanikan juga diri untuk ke bilik air kerana tidak tahan, khuatir akan ‘terbuang’ diatas katilku. aku berjalan perlahan lahan menuju ke bilik air. Setibanya disitu, aku dapati blik air itu kosong. Tetapi dengan tiba tiba aku terdengar macam ada orang sedang menyelongkar sesuatu dalam tong khas untuk membuang tisu yang telah dipakai. Aku cuba memeriksa setiap tandas, tetapi semuanya kosong. Apabila aku pergi ke tandas terakhir yang berselebahan dengan tingkap, aku dapati pintunya tertutup dan mungkin juga dikunci.
Aku pun biarkan sahaja kerana sangakaku, mungkin ada orang didalamnya. Aku pun pergi ke besin untuk mambasuh muka sementara menunggu orang yang ada didalam tandas terakhir itu keluar. Aku memang selalu ke tandas itu dan tidak pernah ketandas lain melainkan untuk mandi. Lama juga aku menanti. Apabila aku mula merasa bosan, aku terus ke tandas itu semula dan…alangkah terperanjatnya aku apabila mendapati tiada sesiapun didalamnya. Pintu terbuka luas, tidak tertutup seperti tadi.
“Bila masa orang n ie keluar, tak nampak pun,” kataku sendirian.
Aku mula terasa takut. apa tidaknya, hampur 10 minit aku mannatinya diluar, tiba tiba tandas itu kosong dan pintunya terbuka padahal aku yang berada diluar tak nampak sesiapapun semasa aku mencuci muka tadi. Oleh karana terlalu takut, aku tak jadi buang air kecil dan terus balik ke bilikku. aku cuba tenangkan perasaanku.
Sepanjang malam aku gelisah tidak boleh tidur. Puas aku cuba memejamkan mata, tetapi gagal. Dalam kegelisahan begitu, tiba tiba aku terpandang sesuatu diluar tingkap. Aku ternampak kepala orang yang sedang memerhatikan. Rambutnya putih, kusut masai keparas bahu, mukanya hodoh, terkopek kopek dan berdarah. Matanya sayu termasuk kedalam. Akau benar benar terpukau. Mataku tidak berkelip memandangnya. Darahku berderau, naik ke muka, jantungku berdebar debar. Bulu romaku berdiri tegak dan tubuhku terasa seram sejuk.
Mulutku seolah olah terkunci untuk berkata kata. Hatiku merayu…
”Ya allah. Kau selamatkan lah hamba Mu yang lemah ini.” Tiba tiba seorang pesakit menekan butang untuk memanggil jururawat kerana ingin membuang air. Apabila jururawat itu datang, lembaga itu tetap ada disitu. Aku cukup hairan, mengapa jururawat itu tidak nampak lembaga itu sedangkan ia benar benar berada dihadapannya.
Lama kelamaan, lembaga yang tidak berbadan itu perlahan lahan naik keatas dan terus menghilang menembusi siling. Aku yang sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya terpaksa ditahan sehari lagi kerana demamku terlalu kuat dan suhu badanku naik terlalu tinggi. Kini, segala-galanya telah pun berlalu. Kini, segalanya telah pun berlalu. Namun, peristiwa seram itu tetap terpahat dalam ingatanku dan tidak mungkin aku dapat melupankannya.


Isu Mat Yo Sudah Selesai

mat yo


Petaling Jaya: Isu perpindahan Norshahrul Idlan Talaha dari Kelantan ke Johor Darul Takzim FC (JDT) dianggap selesai oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila Jawatankuasa Status FAM semalam memutuskan pemain paling bernilai kebangsaan itu hanya perlu membayar RM299,000 untuk tebus kontrak kepada bekas majikannya.
Bayaran itu hanya membabitkan baki kontrak 13 bulan Norshahrul atau Mat Yo yang sudah dijelaskan pemain itu menerusi bank draf kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) minggu lalu.

Datuk Takiyuddin Hassan yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Status itu berkata, tidak timbul soal bayaran perpindahan pemain memandangkan Noshahrul sudah menamatkan kontrak dengan KAFA dan bekas majikannya juga sudah bersetuju dengan bayaran tebus kontrak itu sebelum ini.
“Apabila seorang pemain menamatkan kontrak sebelah pihak, dia hanya perlu membayar tebus kontrak dan tidak perlu membayar yuran perpindahan. FAM juga tidak mengiktiraf tuntutan lain yang membabitkan perjanjian antara majikan dan pemain yang tidak melalui FAM, kerana itu di luar bidang kuasa kami.

“Bagi FAM, kes ini sudah selesai kerana Mat Yo sudah membuat bayaran pertama sebanyak RM250,000 menerusi bank draf kepada KAFA pada 4 Januari 2013 dan RM49,000 bagi bayaran kedua pada 5 Januari 2013. Pemain ini layak bermain dengan Johor Darul Takzim dan soal Sijil Perpindahan juga tidak sepatutnya timbul,” katanya kepada pemberita semalam.

Kontroversi perpindahan Norshahrul ke pasukan berbelanja besar JDT hangat diperkatakan apabila Kafa menerusi penasihatnya, Tan Sri Annuar Musa dikatakan menuntut bayaran sehingga RM1 juta kepada penyerang kebangsaan itu.
Tuntutan itu membabitkan bayaran RM318,500 untuk penamatan kontrak lebih awal berdasarkan jumlah gaji dan elaun rumah selama 13 bulan baki kontrak, pinjaman mudah yang diberikan KAFA kepada pemain itu serta kos kerugian penarikan diri penajaan pasukan.

Ketika ditanya adakah KAFA boleh mengemukakan rayuan sekiranya tidak puas hati dengan keputusan jawatankuasa itu, Takiyuddin berkata: “Bagi saya kes ini sudah selesai, sama ada kes ini boleh dirayu atau tidak, ia bergantung kepada Jawatankuasa Rayuan FAM.” Dalam kes membabitkan seorang lagi pemain Kelantan, S Chanturu, FAM memutuskan pemain yang berpindah ke Perak musim ini tidak melanggar kontrak memandangkan KAFA gagal mengemukakan notis lengkap.
“KAFA mendakwa Chanturu melanggar kontrak. KAFA sudah memberikan notis kepada Chanturu 3 bulan sebelum kontraknya tamat tapi notis itu tak lengkap kerana tidak menetapkan tarikh rundingan mengikut peraturan perpindahan pemain,” kata Takiyuddin.

Sementara itu, Jawatankuasa Status juga membuat keputusan memotong deposit Persatuan Bola Sepak Perlis kerana ingkar membuat bayaran gaji tertunggak kepada bekas jurulatih Muhd Nidzam Adzha Yusoff, namun jumlah itu enggan didedahkan FAM.-hmetro.com.my

Infokinie-
 

Mafia Akhirnya Tersungkur

Sorotan dari berita 9 penjenayah yang melarikan diri dari tahanan tempoh hari. Bukit Mertajam:

Joe mafia

joe mafia jenayah


Selepas empat hari diburu, perancang kejadian tujuh penjenayah yang meloloskan diri daripada kawalan polis pada Isnin lalu, Mohd Fairuz Adam, 31, atau Joe Mafia dan rakannya, Mohd Noor Mohd Mustafa, 28, atau Boy, maut ditembak polis di Padang Ibu, dekat sini, selepas diekori lebih tiga kilometer, semalam.

Walaupun berjaya melepasi sempadan Daerah Seberang Prai Utara (SPU) yang menjadi tumpuan operasi dan memasuki Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), sekatan polis menyebabkan suspek tidak dapat keluar dari Pulau Pinang. Kira-kira jam 12.30 tengah hari, kelibat suspek dan rakannya dikesan menaiki Proton Perdana dipercayai dicuri dekat Kubang Semang sebelum diekori sebuah kereta dinaiki anggota polis dari pasukan khas yang ditubuhkan bagi memburu suspek dan rakannya.

Menyedari diekori polis, suspek menghimpit kenderaan pasukan keselamatan berkenaan sebelum memecut ke arah Padang Ibu. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata polis mengejar kereta suspek hingga Padang Ibu sebelum kereta suspek terbabas ketika memasuki laluan bersebelahan tali air.

Mohd Fairuz Adam(joe mafia) di tembak semasa berbalas tembakan dengan pihak polis,manakala Mohd Noor pula di tembak semasa cuba terjun ke tali air untuk melepaskan diri dari pihak polis. -hmetro.com.my

Infokini;- "sebelum penjenayah terbabit iaitu mohd noor ditembak,beliau dipercayai telah menelefon isterinya sebanyak 2 kali dan bertanyakan khabar tentang dua anaknya.Beliau dipercayai sangat menyayangi dua anaknya itu."

Cara Mengetahui Mengoptimumkan SEO berlebihan dari blog atau laman web

Jika Anda berada di blog tentang SEO,maka anda akan tahu tentang cara mengoptimumkan blog dan mengapa seo yang berlebihan ini memberi kesan pada blog anda.Ini kerana ia adalah kena mengena dengan Google update. Google pada akhir-akhir ini cukup aktif dan ini, apa lagi dengan Penguin dan Panda dan 50 update kecil lainnya. Ini bererti, google akan berusaha keras untuk kembali menghasilkan hasil pencarian yang berkualiti baik untuk penggunanya.

belajar seo
Google akan terus mengupdate kerana "spam" website yang melakukan mengoptimumkan SEO yang berlebihan. Anda pastinya pernah mendengar tentang hal ini "over-optimization". Jadi apa sebenarnya mengoptimumkan SEO yang berlebihan? Dan bagaimana mengetahui blog anda, atau beberapa laman web lainnya yang melakukan optimization yang berlebihan? Sekarang mengoptimumkan SEO yang berlebihan bukan hal yang baik untuk blog anda. Jika menggunakan cara seperti itu, maka segera berhenti! Saya tahu beberapa blog yang telah mendapati jurang dalam algoritma.

Google, dan mengeksploitasi mereka dengan melakukan optimization  yang berlebihan, tapi itu tidak bererti anda  harus melakukan hal yang sama. Mana tahu pada bila-bila akan terkena pada website kita? Optimalisasi Search Engine yang berlebih mungkin memenangkan pertarungan dan pertempuran, tapi peperangan mereka tidak boleh menang.

Ketua bagi pasukan web-spam Google, Matt Cutts, mengatakan pada bulan Mac 2012 bahawa Google telah bekerja menghukum laman web dan blog yang terlalu mengoptimumkan untuk beberapa bulan terakhir. Dia menjelaskan dengan ini, bahawa Google berencana untuk lebih memerangi hal seperti itu sehingga tidak ada yang mendapat keuntungan, dan peringkat atas ditentukan oleh kekuatan kasar, iaitu isi kandung ayat yang baik, bukan trik licik (black hat SEO).

Dengan cara ini, laman web atau blog dengan SEO sedikit tetapi isi yang baik akan muncul, sementara laman web dan blog dengan SEO tambahan tapi miskin isi akan jatuh. Jadi mari kita sekarang berbicara tentang over-optimize, dan bagaimana Anda boleh mengesan atau menghindarinya. Apa hukuman pada laman web yang mengoptimumkan yang berlebihan? Meskipun pernyataan yang jelas dari Google seperti "tindakan tegas terhadap Blach Hat SEO ", idea apa sebenarnya menimbulkan ketidaksenangan Google masih samar-samar. Google tidak membiarkan orang berada pada hal yang bersifat rahsia.

Seperti kata mereka;

While we can’t divulge specific signals because we don’t want to give people a way to game our search results and worsen the experience for users, our advice for webmasters is to focus on creating high quality sites that create a good user experience and employ white hat SEO methods instead of engaging in aggressive webspam tactics 

Dari penjelasan dan pemberitahuan Google kita  mendapati idea umum mengenai apa hal yang harus kita hindari. Berikut adalah beberapa amalan optimasi yang berlebihan yang perlu untuk ditinggalkan jauh-jauh.

Bad inbound link 

Baru-baru ini, Google mulai memberikan banyak pesanan dan peringatan kepada webmaster melalui Webmaster Tools, menginformasikan mereka tentang struktur link yang buruk dengan laman web mereka.

Sebaiknya jangan membeli backlink. Ini adalah hal yang tidak baik bagi blog. Jadi lihat seperti apa link yang anda miliki. Mulai gunakan Google Webmaster Tool untuk mendapat notifikasi. Amalan lain yang cukup umum adalah dengan membuat inbound link dari laman web lain yang sebenarnya dimiliki orang yang sama. Biasanya, orang yang membuat beberapa laman web yang banyak hanya untuk melengkapi laman web utama mereka.

Laman-laman web tersebut, tentu saja adalah laman web yang berkualiti yang rendah. Beberapa orang bahkan mungkin menggunakan mekanisme automatik untuk membuat sisi-sisi website supaya kelihatan asli. Jadi jika Anda memiliki link yang datang ke website anda dari laman web lain anda sendiri, maka amalan ini termasuk dalam kategori over-optimasi (optimasi yang berlebihan).

Link Anchor teks juga sangat penting. 

Anchor teks adalah teks yang menampilkan bukan link yang sebenarnya. Sebagai contoh, Google adalah  anchor teks untuk www.google.com link. Sekarang jika banyak inbound link anda memiliki anchor teks yang sama, maka itu mengisyaratkan automasi. Hal ini biasanya terjadi saat anda membeli backlink, kerna itu anda tidak harus melakukan perkara itu.

Cloaking dan teks tersembunyi 

Sekarang Anda mungkin tidak menyedari tentang backlink, tetapi anda harus tahu apa yang anda lakukan ketika Anda menyembunyikan atau cloak beberapa kontent,ini kerana ia adalah teknik black hat SEO. Cloaking bererti menyembunyikan beberapa kontent atau isi kandung dari mesin pencari, atau menampilkan versi teks untuk mesin pencari yang berbeza dengan yang disajikan kepada pengguna.

Hal ini biasanya digunakan pada over-promosi, phishing, dll. Hidden text adalah teks yang dibuat tidak terlihat oleh pembaca sehingga mereka tidak dapat melihat apa yang mereka klik. Trik ini dapat dicapai dengan bermain-main dengan warna. Sebagai contoh, teks putih tidak akan muncul dengan latar belakang putih. Teknik-teknik ini tidak beretika, dan curang. Dan Anda tidak harus menggunakannya.

Kata kunci yang banyak (density keyword) 

Menggunakan terlalu banyak kata kunci pada judul, meta deskripsi, paragraf intro dll dianggap sebagai over-optimasi, kerana memasang kata kunci yang lebih adalah untuk memperoleh perhatian daripada mesin pencari. Google telah mulai menghukum laman web yang memiliki kepadatan kata kunci tinggi. Biasanya, jika kepadatan 2-3% maka dianggap tinggi.

Interlinking berlebihan 

Interlinking kontent dalam blog Anda adalah amalan SEO yang baik. Saya menyarankan orang atau anda untuk membuat interlink lebih kerap. Dalam hal optimasi yang berlebih, beberapa webmaster melakukan interlink terlalu banyak, lebih dari beberapa link di setiap posting yang akan menunju pada halaman yang sama. Dan untuk membuat keadaan menjadi lebih buruk, mereka bahkan membuat link berulang kali ke halaman home mereka. Nah itu dapat menjadi sebuah bencana.

Penggunaan Heading yang tidak benar

Tag H1 jauh lebih menarik bagi mesin pencari dari tag lain. Sehingga beberapa orang menggunakan tag h1 untuk mendapatkan beberapa perhatian. Nah itu salah sama sekali. Selalu gunakan satu, dan hanya satu tag h1 per halaman. Gunakan tag h2 dan h3 untuk judul dan subjudul.

Terlalu banyak redirect 

Sekarang jika Anda mengubah nama untuk halaman, dan mengalihkannya maka ianya tidak memberi kesan. Tapi mengarahkan hanya demi memperoleh pendapatan iklan atau mengarahkan ke halaman affiliates adalah sangat tidak bagus. Terlalu banyak redirect, dan Google akan menangkapnya sebagai spamming.

Duplikat kontent (copy anda paste) 

Sering terjadi bagi mereka yang tidak mampu menulis isi kandung ayat yang berkualiti, dan menggunakan taktik optimasi yang berlebih lebih. Dan kerana mereka tidak memiliki banyak isi untuk ditulis, mereka kembali menggunakan konten mereka yang banyak.

Pop-up 

Anda tahu orang tidak suka ketika melihat iklan pop-up di laman web mereka. Sementara pop-up sendiri kelihatan sangat buruk, beberapa webmaster membuatnya bahkan lebih buruk. Ada yang menipu pengunjung dengan merancang 'tanda silang' tombol keluar di mana biasanya berada. Dan ketika seseorang ingin menutup iklan tersebut, mereka mengklik tombol ini, yang sebenarnya adalah sebuah link ke sebuah iklan atau sesuatu. Sementara itu memastikan klik per tayang tinggi, sangat tidak berertika, dan tidak harus digunakan.

AKIBAT ONANI DAPAT ANAK DENGAN JIN

AKIBAT ONANI DAPAT ANAK DENGAN JIN


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Cerita yang nak saya kongsikan pada kali ini ialah keburukan dari onani (melancap) bukan dari segi kesihatannya tapi dari sudut alam ghaibnya. Sebenarnya maklumat ini saya dapat lebih kurang 3 tahun lalu. Ketika itu saya sering berinteraksi dengan jin yang katanya bernama AZAN yang mengaku sebagai jin islam. Untuk berinteraksi dengannya, disuruhnya saya membacakan Surah Al-Jin dan menghadiahkan Fatihah kepadanya sebelum dipanggil.

anak-anak jin Menurut cerita atau maklumat yang diberikan jin bernama Azan ini, katanya orang-orang yang sering melakukan onani walau dimana pun perlakuan itu dilakukan, ketika menitisnya air mani dari si pelaku maka akan ditadah oleh jin-jin betina. Lalu akan disenyawakan benih manusia tadi dengan jin betina sehingga menghasilkan zuriat. Saya bertanya juga pada jin Azan ni untuk apa mereka berbuat demikian, tak cukup ke jin jantan yang ada?. Namun jawapan dari Azan membuatkan saya termanggu sejenak memikirkan kebenarannya.

Katanya dengan menggunakan benih dari manusia pelaku onani disenyawakan dengan benih jin betina akan melahirkan zuriat jin yang benar-benar memahami naluri dan tabiat manusia. Zuriat-zuriat yang lahir itu lebih memahami kekuatan dan kelemahan manusia kerana mereka juga dari benih manusia. Malah menurut Azan lagi, anak-anak hasil dari percampuran benih inilah yang akan mengikat manusia selamanya dengan mereka sehingga diheret ke neraka kelak.

Kata Azan kepada saya,

“Wahai ahli bai’at (gelaran Azan kepada saya), cubalah saudara bayangkan jika seorang manusia sewaktu usia remajanya mungkin dari usia 16 tahun sudah melakukan onani hinggalah mencapai usia 20 tahun.  
Jika mereka melakukan seminggu 2 kali berarti sebulan 8 kali dan jika dihitung setahun sudah 96 kali dan dihitung selama 4 tahun berarti 384 kali. Dan setiap kali itu pula benih mereka disenyawakan dengan jin betina maka telah menghasilkan seramai 384 zuriat. Kesemua zuriat ini akan menuntut kepada si pelaku onani tadi di Masyar sebagai anak-anak kepada si pelaku onani tadi.”  
Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya. Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan. “Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut. “Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”
 



“Akibat dari tuntutan anak-anak tadi maka si bapa yakni pelaku onani yang ‘mendermakan’ benihnya kepada jin pasti akan tertanggung atau dipertanggungja wabkan atas setiap dosa-dosa yang dilakukan oleh ‘anak-anak campur’ tadi. ‘Anak-anak campur’ ini pula dijadikan tentera-tentera syaitan untuk menggoda manusia kerana meraka lebih mengetahui kelemahan-kelemahan manusia kerana meraka juga dari benih-benih manusia” terang Azan lagi.
 


 Dengan penjelasan inilah yang membuatkan saya termanggu-manggu memikirkan hal orang-orang yang melakukan onani sewaktu di Masyar Allah nanti apabila dengan tiba-tiba didatangi makhluk-makhluk hodoh bertanduk mungkin berekor memegang kaki dan lutut mereka mengaku sebagai anak dan menuntut diselamatkan dari neraka. Jika si pelaku tadi insaf dan melakukan banyak amalan adakah cukup untuk menampung dosa-dosa ‘anak luar nikah’ dengan bangsa jin yang dijadikan sebagai tentera penggoda manusia ini?.

Saya tidaklah menyuruh mempercayai cerita ini bulat-bulat apatah lagi maklumatnya diperolehi dari bangsa jin tapi boleh juga dipikirkan kemungkinannya. Jika hal ini benar bagaimana keadaan kita di Masyar Allah kelak? Sudah siapkah kita menerima kesan dari perbuatan kita? Bukankah lebih baik jika hentikan perbuatan onani yang jelas bertentangan dengan syariat agama. Mudahan cerita dan maklumat ini dapat memberi sedikit kesedaran dan pengajaran kepada kita terutama si pelaku onani. Mungkin juga kita boleh meyampaikan dan berkongsi maklumat dari cerita ini kepada anak-anak remaja kita agar menghindari perbuatan onani yang terkutuk ini.

Firman Allah :

“Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya” (Al-Muddaththir: 38) “Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun” (Al-Baqara: 281) WalLahHu Ta’alaa A’lam...
 


Oleh : ‘Abdu Dha’if Faqir Haqir

11 Golongan Ahli Neraka dan Satu Golongan Ahli Syurga

Ahli-Ahli Syurga

 
Untuk renungan kita bersama,semoga kita dapat menghindari daripada mereka seperti yang tertera di bawah ini:-

11 GOLONGAN AHLI NERAKA SATU GOLONGAN AHLI SYURGA
hari kiamat
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:- “iaitu… hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok.” Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, “Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?” Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda.
Lalu baginda menjawab: “Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:- 
1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga. 
2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu. 
3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat. 
4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta. 
5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan. 
6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat. 
7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran. 
8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat. 
9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim. 
10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya. 
11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras. 
Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah
1.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat. 
Semoga kita bukanlah tergolong dalam 11 golongan ini,sama-sama kita kearah golongan yang mana berjalan di atas titian Mustaqim pantas seperti kilat.

Remaja Syahid Di Jalan Allah

Kisah Remaja Syahid Di Jalan Allah

Ini adsalah kisah benar yang telah diterima oleh geng laman web ohislam.com.Semoga menjadi pengajaran yang berguna kepada kita semua.Amin...

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21 tahun.

pelajar sabah yang syahid
Gambar Sebenar Allayarham
Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir. Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).
pelajar sabah yang syahid


pelajar sabah yang syahid

pelajar sabah yang syahid
   

Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup.Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur. Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya.

Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti aiS jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati. Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t. Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak.

Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama. Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam.

Masjid dan surau kosong tiada jemaah. Ketika selepas solat Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang dijanjikan oleh Allah s.w.t.-ohislam.com 

Infokinie: Semoga Allahyarham di tempatkan ke syurga seperti yang telah di janjikan-NYA.Amin..

Di ganggu Syaitan

Di ganggu Syaitan


HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa hangat serta tidak tenteram. Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ. Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut, namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat yang ini lain macam sedikit. Semasa memandikan jenazah itu bulu roma saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah. Apabila sudah selesai menguruskannya, kami hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

“Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini, sehingga saya datang ke sini semula,” pesan saya kepada penggali kubur. Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah. “Insya-Allah,” jawab penggali kubur tersebut. Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah.

Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya. Selepas menghantar juruurus jenazah wanita, saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah dikebumikan. “Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah selesai,” kata penggali kubur tersebut. “Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu.”


Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta, saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’ itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana pada malam itu saya berperang dengannya. Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka.

Perasaan seram kembali datang. Bulu roma saya meremang. Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan ke arahnya.

Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya. Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan. Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika. Memikirkan gangguan itu sudah berakhir, saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku seterusnya.

wajah-wajah syaitanPunggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata. Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya tidur tanpa sebarang gangguan lagi. Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu oleh syaitan daripada mayat berkenaan. Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan.

Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat. Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia kala. Mungkin ada yang mengatakan cerita saya ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah. Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula. Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam. Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan.

Dalam syarak, apa ilmu kita tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul, tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi dilindungi oleh jin. Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu, bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.

Suara memanggil dicelahan pokok

Suara memanggil dicelahan pokok


Cerita ini berkisar tentang sekumpulan anak muda yang besuti disebuah pusat peranginan. Kumpulan yang melibatkan tiga orang lelaki dan dua orang wanita itu mengambil keputusan bercuti setelah sekian lama memerah tenaga bekerja tanpa henti. Selain berehat, mereka juga mahu bermain di taman tema yang terdapat disitu. Setelah sampai disana, kumpulan tersebut pun mengambil keputusan berpecah. Masing masing berpasangan.

Ada yang terus ke tempat permainan dan ada pula yang mengambil keputusan untuk mengisi perut.Lily dan May, antara ahli kumpulan tersebut adalah diantara mereka yang mengambil keputusan untuk terus bermain. Sudah tidak sabar sabar lagi rasa hati mereka untuk merasai setiap permainan ditaman tema tersebut. Bukannya apa, selama ini mereka hanya mendengar cerita cerita orang sahaja. Kini tibalah masa untuk merasainya pula. Setelah penat bergembira dan menghabiskan tenaga, sebahagian dari anggota kumpulan ini pun mengambil keputusan balik ke bilik hotel untuk berehat.

Suara memanggil dicelahan pokok
Namun begitu, Lily dan May seperti tidak puas. Mereka tetap juga bermain. Setelah taman tema itu hendak ditutup, barulah mereka berganjak dari situ. Sewaktu mereka berdua keluar dari taman tema tersebut jam telah menunjukkan pukul 2 pagi. Disebabkan masih ada lagi orang diluar taman tema tersebut, maka Lily dan May juga mengambil keputusan berbuat sedemikian. Mereka pun mengelilingi kawasan luar taman sambil menyedut udara tengah malam.

Apabila letih, mereka akan berhenti minum. Apabila merasakan kaki sudah lenguh dan mata pulak sudah mengantuk, Lily dan May mengambil keputusan untuk balik ke bilik hotel. Didalam perjalanan pulang kehotel, pasangan kawan karib ini terpaksa melalui sebatang jalan yang sunyi. Ditepi jalan tersebut terdapat sebatang pokok. Pada waktu siang pokok tersebut seperti pokok pokok biasa. Namun apabila malam menjelang, terasa ngeri apabila melihat pokok tersebut. Apabila mereka melintasi pokok itu, tiba tiba sahaja mereka terdengar seperti suara memanggil nama mereka.

Siapa pula yang tiba tiba sahaja memanggil itu. Setahu mereka, tidak ada seorang pun yang mereka kenali disini. Kecualilah jika kawan kawan lain yang datang bersama tiba tiba mengambil keputusan mengenakan mereka berdua. Lily dan May mengelilingi pokok tersebut untuk mengetahui sama adaterdapat kawan kawan mereka menyorok disebalik pokok. Puas keliling tetapi seorang pun mereka tidak berjumpa. Penat memusing dan setelah pasti tidak ada orang yang mengacau, Lily dan May membuat keputusan meneruskan perjalanan. Namun begitu, didalam hati mereka merasa takut.

Tiba tiba, nama mereka dipanggil semula. Ini membuatkan Lily dan May berpaling semula melihat pokok tersebut. Apabila sahaja mereka berpaling, tiba tiba sesuatu yang tidak disangka sangka berlaku.

Mereka seperti tidak percaya apabila melihat apa yang berada dicelah celah dahan pokok tersebut. Kelihatan beberapa dozen kepala seperti sedang bergayut didahan dahan pokok. Apa yang lebih mengejutkan ialah kepala kepala tersebut berlumuran darah dan keadaan wajah kepala tersebut mengerikan. Mata tersembul keluar dan dan mulut berlumuran darah.

Dalam keadaan sedemikian, suara yang memanggil nama Lily dan May seperti semakin kuat dan dekat dengan telinga mereka. Dalam keadaan terkejut dan ketakutan, kedua duannya berlari balik ke hotel. Sampai sahaja mereka disana, mereka terus menceritakan apa yang mereka alami kepada kawan kawan yang lain.

Terkejut kawan kawan apabila mendengarkan cerita tersebut. Berikutan dengan rasa takut dan terkejut, Kedua dua wanita ini jatuh sakit pada keesokan harinya. Lantaran itu mereka telah dihantar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Akibatnya Lily dan May menjadi seorang yang amat penakut.

Penjenayah Balasah Polis

Penjenayah Balasah Polis


Bak filem hollywood,sekumpulan penjenayah berjaya melarikan diri dari tahanan polis setelah memperdayakan mereka dengan tipu helah.Info lanjut sila baca petikan dari harian metro di bawah ini:-

Polis dibelasah penjenayah


BUTTERWORTH: Sekumpulan tahanan dalam perjalanan dari Penjara Reman Pulau Pinang ke Mahkamah Butterworth, melarikan sebuah van polis selepas membelasah empat anggota polis pengiring di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth berhampiran susur keluar ke Pantai Bersih di sini, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi, sebahagian daripada sembilan tahanan terbabit dikatakan mencetuskan kekecohan dengan bergaduh sesama sendiri menyebabkan kenderaan itu diberhentikan di tepi jalan dekat Pantai Bersih di sini. Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata empat anggota polis yang mengiringi tahanan terbabit turun dari kenderaan untuk meleraikan pergaduhan tahanan terbabit.

“Tiba-tiba seorang daripada tahanan membaling serbuk cili ke arah anggota kami sebelum melakukan serangan. Tahanan itu membelasah anggota terbabit dan meninggalkan mereka di tepi jalan sebelum melarikan kenderaan polis,” katanya kepada pemberita selepas melawat empat anggota terbabit yang mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Seberang Jaya, petang tadi. Abdul Rahim berkata, van polis itu ditemui ditinggalkan di Padang Cempedak kira-kira 20 kilometer dari tempat kejadian di mana tujuh tahanan melarikan diri manakala dua lagi tahanan tidak berbuat demikian dan ditahan semula.

“Kita percaya kejadian ini dirancang lebih awal dan pergaduhan sesama tahanan di dalam van berkenaan sengaja diadakan bagi melarikan diri,” katanya menjelaskan gerakan memburu tahanan terbabit giat dijalankan terutama di sekitar Kampung Tun Sardon, Tasek Gelugor. Polis juga mengeluarkan beberapa gambar suspek bagi memudahkan pegecaman dan meminta orang ramai menghubungi balai polis berdekatan jika mempunyai maklumat mengenai tahanan yang melepaskan diri itu.-hmetro.com.my

Infokinie:-Memang bahaya penjenayah sekarang,mereka berkomplot untuk menumpaskan pihak polis.

Tarikh Pembayaran BR1M 2.0

Tarikh Pembayaran BR1M 2.0 

tarikh pembayaran br1m 2.0


Tarikh pembayaran bagi BR1M untuk kali kedua akan di lakukan pada awal bulan Februari 2013.

Sila baca petikan di bawah,segala persoalan ada di bawah;


Kuala Lumpur: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang membabitkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian. 2,684,916 permohonan baruBeliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baru untuk BR1M 2.0 diterima sehingga semalam yang mana ia membabitkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

Pendaftaran terus dibuka“Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak,” katanya. Tahun lalu, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion. – BERNAMA

Bagi mereka yang belum memohon anda boleh memohon sebelum 15 Januari 2013 ini.

Permohonan BR1M 2.0 Kedua Secara Online di eBR1M

Klik Link Ini - ebr1m.hasil.gov.my

Anugerah Juara Lagu Ke-27

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 2012(AJL 2012 Ke-27)

Juara Lagu AJL ke 27-Artis Yuna&Aizat Komposer&Penulis Lagu-Yuna Lagu Terukir Di Bintang
Naib Juara AJL ke 27-Komposer Audi Mok Penulis Lirik Azlan Lagu Idola
Tempat Ketiga ke AJL 27- Artis-Hafiz Ku Akui (Komposer&Lirik- Ajai)
Vokal Terbaik-Hafiz (ku Akui)
Persembahan Terbaik-Teman Berganti Artis : Black & RJ


Senarai Lagu yang layak ke final Anugerah Lagu AJL ke-27

Ombak Rindu Hafiz dan adira
1.Ombak Rindu
Artis; Hafiz dan Adira
Komposer Dan Penulis Lirik: Zaidi
Shila amzah patah seribu ajal 27
2.Patah Seribu
Artis: Shila Amzah
Komposer Dan Penulis Lirik: Shila Amzah

Anlan juara lagu 27
3.Idola
Artis: Azlan & Typewritter
Komposer : Audi Mok
Penulis Lirik : Azlan
stacy juara lagu 27
4.Pelangi Senja
Artis: Stacy
Komposer: Taja
Penulis Lirik : Tun Teja

5.Terukir Di Bintang
Lagu Nyanyian: Aizat
Artis,Komposer dan Penulis Lirik : Yuna

6.Anak Kampung
Artis Dan Penulis Lirik : Jimmy Palikat & One Nation Emcees
Komposer: Jimmy Palikat



bo amir ikram
7.Lagu
Artis:Bedroom Sanctuary
Komposer Dan Penulis Lirik : Bo Amir Ikram

8.Ku Akui
Artis : Hafiz
Komposer Dan Penulis Lirik : Ajai

9.Simetri
Artis: Hazama Dan Amy Search
Komposer: Audi Mok
Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan
10.Teman Penganti
Artis : Black & Malique
Komposer Dan Penulis Lirik : Malique



11.Andaiku Bercinta Lagi
Artis : Mojo
Komposer Dan Penulis Lirik : Edry Abdul Halim



12.Tanpamu
Artis,Komposer Dan Penulis Lirik : Amir Jahari




Uri anak saudara jadi tumpaun pontianak


Kisah Hantu Pontianak 

Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparkuku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan dihospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam.
Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia diwa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan. Jam didinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni penghuni lain dirumah sudah nyenyak dibuai mimpi.
Gambar hantu pontianak
Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa menmgantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur apabila ku lihat lembaga putih ditingkap dqapur-berjalan diudara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri.
Lagi pun, rumah kami ditingkat lima. Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi ditingkap dapur. Tiba tiba ia berhenti, lalu memandang kearahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak diatas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir dicelah celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.
Pontianak itu tiba tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu ditingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar cakar dinding ruangan tamu. Aku hairang kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap dirumahku. Oleh sebab itulah pontianak itu tudak boleh masuk. Aku de dapur lalu mengambil segelas air lalu kubacakan ayat Qursi.
Sesudah itu, aku renjiskan keseluruh penjuru rumah dan disemua tingkap. Akhirnya pontianak itu pergi jga dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi pagi lagi aku mengajak abangku perfi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku dihospital kemudian, diakatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti henti.
Mujur ayahku telah membekalkan surah surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam disitu mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak keberitahu sesiapapun.

Lagi Kes bayi Kena Bunuh

bayi kena bunuh


Sungguh zalim apabila seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui mati dalam tong sampah yang dipenuhi longgokan sisa tulang ayam, malam kelmarin.


Dalam kejadian jam 7 malam, bayi perempuan terbabit disumbatkan ke dalam beg berwarna biru sebelum dicampakkan di belakang sebuah restoran makanan segera di Jalan Onn Jaafar, di sini.

Lebih mengerikan apabila mayat bayi terbabit yang masih berdarah dan bertali pusat turut dimasukkan ke dalam beg itu bersama urinya.
Sumber polis berkata, bayi perempuan itu yang dipercayai baru dilahirkan dalam tempoh beberapa jam ditemui seorang pengutip sampah yang mencari barangan terpakai di kawasan itu.

Menurutnya, pengutip sampah yang mengais tong sampah milik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) itu dikatakan menemui beg itu sebelum membukanya.

“Bagaimanapun, dia terkejut sebelum menjerit ketakutan dan berlari dari lokasi mayat bayi itu ditemui. Tindakan lelaki itu menarik perhatian orang ramai yang menghubungi polis.
“Anggota polis forensik yang bergegas ke lokasi kejadian kemudian menemui mayat bayi berlumuran darah itu di dalam tong sampah,” katanya.

Bagaimanapun, polis belum dalam memastikan sama ada bayi itu mati akibat dibuang ke dalam tong sampah atau ketika dia dilahirkan.
“Ini kes pertama membabitkan bayi dibuang di bandar raya ini tahun ini. Polis menghantar mayat bayi itu ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk bedah siasat.

“Setakat ini polis belum dapat mengenal pasti bangsa bayi itu. Orang ramai ada maklumat diminta menghubungi Balai Polis Ipoh di talian 05-2451500 untuk bantu siasatan,” katanya.
SUMBER: hmetro.com.my
infokinieTiada perkataan lain yang terungkap dari mulut admin ketika ini kecuali perkataan KEJAM.

Pelajar Kena Kelar Hingga Mati

Pelajar Kolej Mati Kena Kelar Di Leher


pelajar kena kelar dileher

Seremban Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta di bandar ini ditemui mati, dipercayai dibunuh, dengan kesan kelar di leher di rumah bapa saudaranya di Taman Desa, Mantin, dekat sini, malam kelmarin.
Mayat S Sintuja, 19, yang berasal dari Temerloh, Pahang, ditemui sepupunya dalam keadaan terbaring di atas lantai di bilik tidur, jam 8.30 malam, sebelum menghubungi bapanya.

Sumber berkata, si mati yang masih menuntut di Kolej Tafe, Sikamat, dekat sini, dikatakan kerap bermalam di rumah bapa saudaranya pada cuti hujung minggu.
“Hasil siasatan awal, bapa saudara mangsa memberitahu pada setiap petang Jumaat, dia membawa balik mangsa ke rumahnya sebelum menghantar pulang ke kolej kediaman pada Ahad.

“Mangsa sudah setahun menuntut di kolej berkenaan dan menetap di asrama kolej,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati, ketika mayat ditemui, semua pintu di dalam rumah dalam keadaan tidak berkunci, namun tiada kesan pecah masuk atau barangan hilang.
“Sebilah pisau turut ditemui di atas katil berdekatan mayat mangsa,” katanya.

Kata sumber itu, daripada keterangan bapa saudara mangsa, dia keluar dari rumah sekitar jam 6 petang sebelum menerima panggilan daripada anaknya mengenai kejadian itu, jam 9 malam.
Beliau berkata, susulan itu polis kini menahan reman bapa saudara dan sepupu mangsa bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bunuh.

Menurutnya, setakat ini polis masih mengenal pasti motif kejadian dan siasatan dijalankan dari segenap aspek.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat,” katanya.
Sumber-hmetro.com.my
infokinie- Dunia oh dunia,betapa kejamnya penghuni dunia sekarang ini.